Pengkajian Prinsip Pelanggaran Teori Teksdealisme dalam Teks Drama Renjong
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.3.2023Keywords:
eksperimentasi, kebolehkerjaan, aplikasi, teknik, alternatifAbstract
Kajian yang diperbincangkan kali ini telah memilih teks Kumpulan Drama Renjong yang akan dirungkaikan tentang prinsip pelanggaran Teori Teksdealisme yang berlaku terhadap unsur patriotisme. Sejak kebelakangan ini penghasilan teks berunsur patriotisme oleh beberapa pengkarya terkenal agak dingin dalam kalangan generasi baharu dan ini telah menarik minat pengkaji untuk melakukan kajian ke atas nilai patriotisme. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti bagaimana pelanggaran unsur patriotisme yang diterapkan dalam teks yang kemudiannya menghuraikan unsur patriotisme dalam teks sastera yang dipilih di samping menganalisis data dan seterusnya membuat rumusan seperti yang disasarkan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif berlandaskan prinsip pelanggaran dalam Teori Teksdealisme. Oleh yang demikian, secara tidak langsung teori Teksdealisme dapat menyerlahkan kepengarangan penulis dan penulisan karya sesuatu teks sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan unsur patriotisme berjaya dijelmakan dengan baiknya berdasarkan prinsip pelanggaran dalam karya-karya yang dihasilkan dalam Kumpulan Drama Renjong di samping pencetusan idea yang berani dan tulus serta mempunyai kelainan bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu dan diterima khalayak. Kesimpulannya, segala susun atur kajian yang dilakukan dapat menepati tujuan kajian serta kehendak objektif kajian teks Kumpulan Drama Renjong. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi garis panduan bagi menilai teks sastera kepada penulis sastera agar dapat menghasilkan karya berunsur patriotisme yang lebih baik dan bermutu tinggi pada masa akan datang. Pendedahan asas ini penting dalam memberi satu implikasi yang baik kepada generasi baharu membuat kajian berkaitan dengan teks sastera.
Downloads
References
Abdul Halim Ali, Mana Sikana & Azhar Wahid. (2012). Seminar teori dan kritikan sastera Malaysia. Univision Press Sdn Bhd.
Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Emeritus Publications.
Azmi Ariffin & Abdul Rahman Ismail. (Eds.). (2015). Sejarah Malaysia: Wacana kedaulatan bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan. Penerbit USM.
Baharuddin Zainal. (1974). Mendekati kesusasteraan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Utusan Publications
Edward Hallett Carr, E.H. (1961). What is history?. Penguin.
Faridah Taib dan Zuraidah Ali. (1995). Hasil mineral. Penerbitan Pinang.
Fauzi Hassan. (2019). Keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani dari perspektif Teksdealisme [Disertasi kedoktoran tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Jumali Selamat. (2012). Pengucapan awam: Strategi dan kemahiran. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Junaidah Salleh. (2013). Junaidah Salleh dalam prosiding. AIP Conference Proceeding.
Maizatul Akma Aziz dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Aziz (2019). Patriotisme peribadi dalam novel-novel pilihan. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1),63-92. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/21791
Mana Sikana (1993). Kritik sastera Melayu: Antara estetika dengan psikolog. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (1995). Drama Melayu moden. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mana Sikana. (1995). Teori sastera Teksdealisme dalam Rumpun. Penerbit Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mana Sikana. (2001). Pemikiran sastera Melayu: Satu perspektif pascamodenisme. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mana Sikana. (2003). Membina keunggulan tradisi sastera. Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Mana Sikana. (2006). Drama Melayu tradisional, moden dan pascamoden. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2006). Teori sastera Tekdealisme. Pustaka Karya.
Mana Sikana. (2013). Renjong. Bangi: Pustaka Karya.
Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook (2nd ed.). Sage Publications, Inc.
Mills, L. A. (2003). British Malaya 1824 – 67. MBRAS.
Mohd. Taib Osman. (2004). Globalisasi, patriotisme, dan isu-isu kemasyarakatan. Penerbit Universiti Malaya.
Nathanson, S. (1993). Patriotism, morality, and peace. Rowman & Littlefield.
Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. [Pembentangan seminar] Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pascamodenisme (SIVIC 2004), Langkawi, Kedah.
Noor Hasliza Nusi, (2022). Arterial Stiffness: Implication and Interventions. Nova Science Publishers
Nur Suraya Ahmad. (2010). Kepengarangan Mana Sikana: Satu analisis Teksdealisme [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reykowski, J. (1997). Patriotism and the collective system of meanings. In Patriotism: In the lives of individuals and nations. Nelson-Hall.
Rosfazila Abd Rahman, Hairol Anuar Mak Din, Ong, Adlina Abdul Khalil dan Munira Abd Razak. (2020). Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai gerakan non-partisan (1970-an hingga 1980-an): Suatu analisis kritikal. Unuversiti Kebangsaan Malaysia.
S. Takdir Alisjahbana. (1986). Social and Cultural Revolution. Oxford University Press.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Mohd Fazil bin Musa
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.