Keunggulan Kepengarangan Drama Renjong Berasaskan Prinsip Kehadiran Teori Teksdealisme

Authors

  • Mohd Fazil bin Musa Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.3.2024

Keywords:

eksperimentasi, kebolehkerjaan, aplikasi, teknik, alternatif

Abstract

Kajian membincangkan tentang Teori Teksdealisme yang telah diilhamkan oleh pengkritik teks sastera tanah air iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana. Teori Teksdealisme merupakan teori asas dalam pengkajian teks sastera seperti teks drama, novel dan cerpen. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen kehadiran dalam prinsip Teori Teksdealisme sebagai pendedahan awal bagi sesuatu kajian teks yang hendak dilakukan. Kefahaman Teori Teksdealisme boleh membantu penyelidikan dalam teks sastera yang ingin dikaji. Kepentingan kajian ini ialah Teori Teksdealisme dapat memberi panduan asas tentang instrumen yang sesuai dan boleh digunakan dalam proses kajian teks sastera. Teori Teksdealisme mengandungi prinsip-prinsip yang diketengahkan bagi pengukuran sesuatu teks sastera. Antara prinsip yang dibincangkan dalam kajian ini adalah prinsip kehadiran dan memberi fokus kepada aspek patriotisme yang terdapat dalam teks Kumpulan Drama Renjong. Penggunaan elemen kehadiran dari Teori Teksdealisme ini akan dapat melihat keunggulan penulis dan penulisan karya sesuatu teks sastera dari konteks sumber pemikiran yang dilahirkan. Selain itu dapat mencerminkan pemikiran pengarang dalam kebijaksanaan dan pencetusan idea yang berani, tulus dan mempunyai kelainan bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu dan diterima oleh khalayak. Pendedahan asas ini penting untuk generasi baru agar dapat inspirasi untuk membuat kajian berkaitan dengan teks sastera. Ia secara tidak langsung akan menjadi garis panduan bagi menilai teks sastera dan landasan bagi penulis agar dapat menghasilkan karya lebih baik dan bermutu tinggi pada masa-masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Aziz Deraman. (2005). Pengajian Malaysia: Sejarah, isu dan metodologi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim Ali, Mana Sikana & Azhar Wahid. (2012). Seminar teori dan kritikan sastera Malaysia. Univision Press Sdn Bhd.

Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Emeritus Publications.

Azmi Ariffin & Abdul Rahman Ismail. (Eds.). (2015). Sejarah Malaysia: Wacana kedaulatan bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan. Penerbit USM.

Baharuddin Zainal. (1974). Mendekati kesusasteraan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Utusan Publications

Edward Hallett Carr, E.H. (1961). What is history?. Penguin.

Faridah Taib dan Zuraidah Ali. (1995). Hasil mineral. Penerbitan Pinang.

Fauzi Hassan. (2019). Keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani dari perspektif Teksdealisme [Disertasi kedoktoran tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.

Jumali Selamat. (2012). Pengucapan awam: Strategi dan kemahiran. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaidah Salleh. (2013). Junaidah Salleh dalam prosiding. AIP Conference Proceeding.

Maizatul Akma Aziz dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi Aziz (2019). Patriotisme peribadi dalam novel-novel pilihan. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1),63-92. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/21791

Mana Sikana (1993). Kritik sastera Melayu: Antara estetika dengan psikolog. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (1995). Drama Melayu moden. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mana Sikana. (1995). Teori sastera Teksdealisme dalam Rumpun. Penerbit Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana. (2001). Pemikiran sastera Melayu: Satu perspektif pascamodenisme. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana. (2003). Membina keunggulan tradisi sastera. Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Mana Sikana. (2006). Drama Melayu tradisional, moden dan pascamoden. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2006). Teori sastera Tekdealisme. Pustaka Karya.

Mana Sikana. (2013). Renjong. Bangi: Pustaka Karya.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook (2nd ed.). Sage Publications, Inc.

Mills, L. A. (2003). British Malaya 1824 – 67. MBRAS.

Nathanson, S. (1993). Patriotism, morality, and peace. Rowman & Littlefield.

Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. [Pembentangan seminar] Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pascamodenisme (SIVIC 2004), Langkawi, Kedah.

Noor Hasliza Nusi, (2022). Arterial Stiffness: Implication and Interventions. Nova Science Publishers.

Nur Suraya Ahmad. (2010). Kepengarangan Mana Sikana: Satu analisis Teksdealisme [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Reykowski, J. (1997). Patriotism and the collective system of meanings. In Patriotism: In the lives of individuals and nations. Nelson-Hall.

Rosfazila Abd Rahman, Hairol Anuar Mak Din, Ong, Adlina Abdul Khalil dan Munira Abd Razak. (2020). Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai gerakan non-partisan (1970-an hingga 1980-an): Suatu analisis kritikal. Unuversiti Kebangsaan Malaysia.

S. Takdir Alisjahbana. (1986). Social and Cultural Revolution. Oxford University Press.

Downloads

Published

2024-04-26

How to Cite

Musa, M. F. (2024). Keunggulan Kepengarangan Drama Renjong Berasaskan Prinsip Kehadiran Teori Teksdealisme. Jurnal Peradaban Melayu, 19(1), 28–40. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.3.2024