Modaliti Aspek dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan semasa Wabak Covid-19
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.1.2025Keywords:
Modaliti aspek , Perintah Kawalan Pergerakan, teks perutusan khas , wabak Covid-19Abstract
Penularan wabak Covid-19 telah mendorong kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan melalui teks perutusan khas oleh Perdana Menteri. Dalam wacana politik sebegini, bahasa yang digunakan tidak bersifat neutral, sebaliknya berperanan sebagai alat retorik yang membentuk persepsi, memobilisasi emosi kolektif dan memperkukuh legitimasi kuasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis modaliti aspek yang digunakan serta menghuraikan rasional penggunaannya dalam sembilan teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan yang disampaikan antara Mac 2020 hingga Januari 2021. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini turut memanfaatkan teori analisis wacana kritis Fairclough (2013) dengan fokus pada dimensi ciri-ciri tekstual, khususnya aspek nahu modaliti. Sebanyak 361 penggunaan modaliti aspek telah dikenal pasti, merangkumi lima jenis iaitu ‘akan’, ‘telah’, ‘masih’, ‘sedang’, dan ‘terus’. Hasil analisis menunjukkan modaliti ‘akan’ (41.00%) dan ‘telah’ (34.63%) paling banyak digunakan. Modaliti ‘akan’ digunakan untuk menggambarkan komitmen masa depan, penyusunan strategi dan janji kerajaan, manakala modaliti ‘telah’ menunjukkan pencapaian serta tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Modaliti ‘masih’, ‘sedang’, dan ‘terus’ pula menggambarkan keberlangsungan usaha dan tindakan kerajaan. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan modaliti aspek dalam teks perutusan khas berfungsi sebagai strategi wacana yang dirancang untuk membina citra kepemimpinan, meredakan ketidakstabilan sosial, dan mengukuhkan hegemoni politik dalam situasi krisis. Dapatan ini memberikan implikasi penting terhadap kefahaman tentang peranan bahasa dalam pembentukan wacana kuasa dan ideologi dalam komunikasi kerajaan sewaktu krisis kesihatan global.
Downloads
References
Asmah Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir (Edisi Kelima). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloor, M., & Bloor, T. (2013). A practice of critical discourse analysis: An introduction. Routledge.
Boon-Itt, S., & Skunkan, Y. (2020). Public Perception of the Covid-19 pandemic on Twitter: Sentiment analysis and topic modeling study. JMIR Public Health Surveill, 6(4), e21978.
Chilton, P. (2004). Analysing political discourse: Theory and practice. Routledge.
Collins, J., Saputra, R., & Wijaya, R. (2021). Analisis kesalahan penggunaan kata bantu aspek了 (le) Bahasa Mandari dalam kalangan mahasiswa Sekolah Tinggi Bahasa Harapan Bersama. Jurnal Cakrawala Mandarin, 5(2), 67–83.
Dayang Sariah Abang Suhai, Kesumawati A. Bakar, & Norsimah Mat Awal. (2020). Modaliti dalam wacana perbahasan parlimen. GEMA Online Journal of Language Studies, 20(4), 186–208.
Fairclough, N. (1992). Discourse and social change. Polity Press.
Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language. Longman.
Fairclough, N. (2013). Critical discourse analysis: The critical study of language (Second Edition). Routledge.
Halliday, M. A. K., & Matthiessen, C. M. I. M. (2014). Halliday’s Introduction To Functional Grammar (Fourth Edition). Routledge.
Harshita Aini Haroon, Zaliza Zubir, Noor Asliza Abdul Rahim, & Noriha Basir. (2021). Interdiskursiviti dalam perutusan arahan kerajaan berkaitan Covid-19. GEMA Online Journal of Language Studies, 21(4), 38–63.
Haslina Haroon, & Hasuria Che Omar. (2017). Kata bantu ragam dalam terjemahan Inggeris-Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 191–212.
Idris Aman. (2008). Bahasa dan kuasa: Analisis wacana Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11. Akademika, 72(1), 69-96.
Idris Aman. (2006). Bahasa dan kepimpinan: Analisis wacana Mahathir Mohamad. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Imran Ho Abdullah. (1993). The semantics of the modal auxiliaries of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kakisina, P. A., Indhiarti, T. R., & Al Fajri, M. S. (2022). Discursive strategies of manipulation in COVID-19 political discourse: The case of Donald Trump and Jair Bolsonaro. SAGE Open, 12(1). https://doi.org/10.1177/21582440221079884
Magaña, D., Durazo, A., Ramos, L., & Matlock, T. (2023). An analysis of metaphor in COVID-19 TV news in English and Spanish. Journal of Communication in Healthcare, 17(3), 254–264. https://doi.org/10.1080/17538068.2023.2255417
Mai, Y., & Jocuns, A. (2023). Critical discourse analysis of news reports on Covid-19 form The New York Times and China Daily. MANUSYA: Journal of Humanities, 26, 1–28.
Makhloufi, I. B. M. (2025). A critical discourse analysis of modality in Covid-19 speeches: A systemic functional grammar perspective. Jordanian Educational Journal, 10(1), 331–353. https://doi.org/10.46515/jaes.v10i1.1332
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, & Nurul Afiqah Mohamad. (2021). Analisis kata kerja bantu dalam dialek Melayu Terengganu menggunakan program minimalis. Jurnal Linguistik, 25 (2), 001–019.
Mohd Ra’in Shaari. (2009). Kata bantu bahasa Melayu: Analisis data korpus berkomputer. Penerbit Universiti Perguruan Sultan Idris.
Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar, Rozita Che Rodi, & Adlina Ab. Halim. (2022a). Strategi retorik dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19 di Malaysia. Jurnal Linguistik, 26(2), 38–51.
Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar, Rozita Che Rodi, & Adlina Ab. Halim. (2022b). Modaliti dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19 di Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 30(4), 1635–1656.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurul Atiqah Nor Azman, & Mohammad Fadzeli Jaafar. (2024). Sudut pandangan dalam 7 Hari Mencintaiku: Analisis stilistik. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12(3), 69–82.
Pejabat Perdana Menteri (PMO). (2025). Diakses pada 20 Januari 2025 dari https://www.pmo.gov.my/ucapan/
Reisigl, M., & Wodak, R. (2009). Discourse and discrimination: Rhetorics of racism and antisemitism (Second Edition). Routledge.
Synder, H. (2019). Literature reviews as a research strategy: An overview and guidelines. Journal of Business Research, 104, 333–339.
Van Dijk, T. A. (1993). Principles of critical discourse analysis. Discourse & Society, 4(2), 249–283.
Van Dijk, T. A. (2001). Critical discourse analysis. In D. Tannen, D. Schiffrin, & H. Hamilton (Eds.), The Handbook of Discourse Analysis (pp. 352–371). Blackwell.
Van Dijk, T. A. (2006). Discourse and manipulation. Discourse & Society, 17(3), 359–383.
Van Leeuwen, T. (2008). Discourse and practice: New tools for critical discourse analysis. Oxford University Press.
Wodak, R. (2001). The discourse-historical approach. In R. Wodak & M. Meyer (Eds.), Methods of Critical Discourse Analysis (pp. 63–94). SAGE.
Wodak, R., & Meyer, M. (2015). Methods of critical discourse studies (Third Edition). SAGE.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Faizul Abd Hamid, Muhammad Zaid Daud

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

