Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia

Authors

  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Fathin Noor Ain Ramli Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.3.2025

Keywords:

pengurusan, prinsip, relevensi, pemikiran, kritikan

Abstract

Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui penerapan prinsip-prinsip ini, pengurusan sastera dilihat bukan sekadar satu pendekatan teknikal, tetapi turut membawa nilai tambah terhadap keupayaan pengkritik dalam menghasilkan penilaian yang lebih objektif, sistematik dan berlandaskan konsep organisasi yang tersusun. Kertas kerja ini menumpukan perhatian kepada aspek pengorganisasian sebagai salah satu prinsip penting, dengan menjadikan novel Srengenge karya Shahnon Ahmad sebagai kes kajian utama. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif yang menfokuskan kepada kajian teks dan kajian kepustakaan. Prinsip pengurusan kedua iaitu prinsip pengorganisasian telah diaplikasikan bagi melihat meneliti keberkesanan prinsip pengorganisasian dalam mencorak tindakan kolektif masyarakat kampung di kaki Bukit Srengenge, serta keberhasilan naratif dalam menyampaikan mesej keusahawanan dan pengurusan sosial. Penilaian juga dibuat terhadap bagaimana prinsip tersebut memberi impak terhadap keberhasilan plot dan struktur naratif novel berkenaan. Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai-nilai keusahawanan dan semangat kolektif masyarakat kampung telah ditampilkan melalui amalan pengorganisasian secara tidak langsung dalam karya tersebut. Pendekatan ini membantu mengenal pasti bagaimana struktur sosial dan peranan kepemimpinan dalam teks dapat dianalisis dari sudut pandang pengurusan moden. Tuntasnya, bidang pengurusan mampu menjadikan kritikan sastera Melayu dapat diperkasakan menerusi metodologi yang bersifat saintifik, sistematik, dan praktikal. Ia bukan sahaja membuka ruang kepada perkembangan pemikiran baharu dalam bidang sastera, tetapi turut menyumbang kepada pembentukan gagasan kritikan yang berupaya memberi impak lebih luas terhadap pembangunan intelektual, pendidikan dan tamadun bangsa. Pendekatan ini selari dengan keperluan generasi kini yang semakin cenderung kepada pemikiran berasaskan sistem, organisasi dan keberkesanan serta satu tuntutan baharu dalam era modenisasi dan teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aizat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. 2006. Pengantar Pengurusan. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

Ab. Rahim Selamat, Kamarolzaman, Hazrimah dan Hazrita. 2012. Sekolah Berprestasi Tinggi. Penerbit UTHM.

Abdul Fatah Hasan. 2007. Mengenal Falsafah Pendidikan. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. ABIM.

Auguste Comte. 1978. Sosiologi Sastera Dalam Koleksi Teori Sastera Klasik, Tradisional, Moden, Pascamoden Dan Tempatan. Pustaka Karya.

Chew Fong Peng. 2006. Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal Pendidikan Malaysia. April 2016

Daft. R.L. 1997. Management. 4 th ed. The Dryden Press.

Jumali Hj Selamat. 2001. Cerminan Sosial Bahan Sastera Dan Nilai Murni Dalam Novel-Novel Remaja. Universiti Putra Malaysia.

Lukmanulhakim, N. N. (2020). Kaedah Pembentukan Identiti Nasional dalam Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 1-9.

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.1.2020

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 Dan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Izzat Izzuddin bin Jafri. (2020). Bahasa dan Pemikiran Shahnon Ahmad dalam Pembinaan Jati Diri Melayu Melalui Kumpulan Cerpen: Tonil Purbawara. International Journal of Islamic Philosophy & Sufism. Volume 1, Issue 1 (2020).

Rahim Abdullah. 1994. Asas Pengurusan. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2019). Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka: Suatu pengenalan. Jurnal Peradaban Melayu, 14, 35-48. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol14.4.2019

Aniss Tanish & Norazimah Zakaria (2022) . Penerapan Elemen Pengurusan Dalam Pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 452-458. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.1.36

Othman Puteh. 2000. Pengajaran Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. 1998. Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsuddin Jaafar. 1997. Sastera dan Masyarakat Majmuk Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka

Shahnon Ahmad. 1991. Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Wan Hasmah dan Nur Munirah. 2013. Kecerdasan Pelbagai. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Mohamed. 1994. Pengurusan Strategi. Utusan Publications & distributors Sdn.Bhd.

Downloads

Published

2025-06-10

How to Cite

Wahid, A., & Ramli, F. N. A. (2025). Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 20(1), 30-41. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.3.2025