Keberkesanan Pintas Jawi dalam membantu Murid Pemulihan Tahun Dua mengenali Huruf Jawi

The Effectiveness of ‘Pintas Jawi’ in Assisting The Year Two Students in Recognising Jawi Letters

Authors

  • Razilah Mohd Ramli Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Azhar Wahid Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Husna Husin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.1.5.2023%20

Keywords:

Pintas Jawi, Tulisan Jawi, Teori Kognitif

Abstract

Tulisan Jawi merupakan satu lambang kepada ketamadunan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tulisan Jawi tidak asing bagi masyarakat Melayu kerana ia mempunyai identiti dan menjadi alat perantaraan surat ketika itu. Tulisan ini diambil daripada tulisan Arab dan ditambah dengan enam huruf Jawi bagi memudahkan bacaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini tulisan Jawi seakan dipinggirkan oleh masyarakat Melayu atas faktor pengenalan huruf rumi. Pada masa kini, ramai murid tidak mahir membaca mahupun menulis dalam tulisan Jawi. Disebabkan perkara tersebut, kajian ini dijalankan dalam kalangan murid pemulihan yang bersekolah di sebuah sekolah di kawasan Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang murid dari tahun dua diambil sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keupayaan bacaan dan penulisan Jawi dalam kalangan murid pemulihan tahun dua dan mengaplikasikan satu  kaedah  untuk mengatasi kelemahan murid dalam  menguasai bacaan dan tulisan Jawi iaitu dengan menggunakan kaedah pintas Jawi. Pintas Jawi digunakan untuk murid menyebut huruf Jawi tunggal, huruf Jawi yang sama bentuk tetapi berlainan sebutan, membentuk huruf-huruf Jawi dari doh sekiranya mereka tidak menguasai bacaan dan tulisan, maka mereka boleh menggunakan doh seterusnya murid akan ingat huruf dan dapat menulisnya dengan baik. Pengkaji menggunakan teori kognitif dalam kajian ini. Kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Version 20 (SPSS 20). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan observasi dan analisis data kajian. Kajian ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutamanya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menangani masalah penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abd Razak. (2004). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Projek Penyelidikan GG02/4. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. (1992). Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa, 35(11), 101-1012.

Amat Juhari Moin. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Universiti Teknologi Malaysia.

Gay, L., & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application (7th ed.). Pearson International Edition.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sarin Talib. (1995). Persepsi Guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor Terhadap Mutu Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 (KBSM). Disertasi M.Ed., Universiti Malaya.

Downloads

Published

2023-06-26

How to Cite

Mohd Ramli, R., Wahid, A., & Husin, H. (2023). Keberkesanan Pintas Jawi dalam membantu Murid Pemulihan Tahun Dua mengenali Huruf Jawi: The Effectiveness of ‘Pintas Jawi’ in Assisting The Year Two Students in Recognising Jawi Letters. Jurnal Peradaban Melayu, 18(1), 47–53. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.1.5.2023

Most read articles by the same author(s)