Hegemoni Sosiobudaya dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Buya Hamka

Authors

  • Fathin Noor Ain Ramli Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.2.10.2025

Keywords:

Hegemoni, sosiobudaya, identiti, budaya, Hamka

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti manifestasi hegemoni sosiobudaya dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW) karya Buya Hamka dengan memberi fokus kepada peranan adat Minangkabau khususnya Adat Perpatih sebagai sistem kuasa yang mengawal nasib dan kebahagiaan individu. Persoalan bagaimana adat yang sepatutnya berfungsi sebagai panduan hidup telah diangkat menjadi kuasa mutlak sehingga menindas hak individu, seperti yang dialami oleh Zainuddin yang ditolak sebagai calon suami kerana statusnya “tidak bersuku” dan Hayati yang terpaksa tunduk kepada keputusan mamak walaupun bercanggah dengan kehendak peribadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis teks dan analisis kandungan terhadap edisi novel TKVDW terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. disokong oleh sorotan literatur berkaitan Teori Hegemoni Antonio Gramsci, budaya Minangkabau dan kajian terdahulu. Kerangka hegemoni Gramsci diaplikasikan untuk memahami bagaimana dominasi ideologi adat ditonjolkan melalui institusi keluarga, struktur kekerabatan matrilineal, autoriti mamak dan amalan musyawarah sehingga diterima sebagai akal budi bersama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adat berfungsi sebagai ideologi hegemoni yang menentukan “siapa layak” dan “siapa tidak layak” dalam ruang sosial khususnya dalam institusi perkahwinan dan identiti suku. Kesimpulannya, novel TKVDW bukan sekadar kisah cinta tragis tetapi sebuah teks kritik sosial yang memperlihatkan bagaimana hegemoni budaya diamalkan secara halus dan menyeru pembaca menilai semula hubungan antara adat, keadilan dan kemanusiaan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

RUJUKAN

Amir M.S. (1999). Adat Minangkabau: Pola Dan Tujuan Hidup Orang Minangkabau. Jakarta Pusat: P.T Mutiara Sumber Widya.

Ernawita Atan, Mohd Azam Abdul Rahman, & Nurul Hidayah Mohd Yusof. (2021). Rekonstruksi Fonem Vokal Purba Bahasa Minangkabau Di Sumatera Dan Semenanjung Malaysia. Jurnal Melayu, 20(2), 45–60.

Fitri Rosalina Harahap, & Alemina Br Perangin-Angin. (2025). Representasi Kuasa Dan Identiti Dalam Cerpen “Si Padang” Karya Harris Effendi Thahar: Suatu Analisis Wacana Kritis. Jurnal Sastera Nusantara, 33(1), 12–28.

Gramsci, A. (1971). Selections from the Prison Notebooks. International Publishers.

Hall, S. (1996). Questions of Cultural Identity. Sage Publications.

Hall, S. (1997). Representation: Cultural Representations and Signifying Practices. Sage Publications.

Hamka. (2015). Tenggelamnya Kapal Van der Wijck. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd; Kuala

Lumpur.

Jazimin Zakaria, Asri Saleh, & Ahmad Faiz Yaakob. (2015). Hegemoni dan etnopolitik: Impak

Lukmanulhakim, N. N. (2020). Kaedah Pembentukan Identiti Nasional dalam Universiti Awam di Malaysia.Jurnal Peradaban Melayu,15, 1-9. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.1.2020

Mohd Rusli, N. F., & Massa, N. S. (2022). Konflik Jiwa dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.Jurnal Peradaban Melayu,17(1), 8–18. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.1.2.2022

Mohd Shuhaini, N., & Wahid, A. (2020). Pengurusan Daya Intelek Kanak-Kanak Melalui Rangsangan Imaginasi dalam Episod Cari dan Simpan Berdasarkan Prinsip Kepimpinan.Jurnal Peradaban Melayu,15, 38-52. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.4.2020

Noor Sulastry Yurni Ahmad.(2017). Menilai semula konsep Hegemoni dalam budaya politik

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, ISSN: 1675-6460, Vol. 10, Pages: 64-78. https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/579255.

Ramli, H. (2024). Elemen Sosial Budaya menerusi karya Lukisan Batik oleh Yusoff Ab-dullah.Jurnal Peradaban Melayu,19(1), 62–68. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.6.2024

Rizal Tanjung. (2025). Pemudaran Literasi Budaya Minangkabau Dalam Kalangan Generasi Muda: Satu Tinjauan Sosiobudaya. Jurnal Warisan, 18(1), 77–92.

Saludin, M. R. (2011). Peranan Ibu Soko dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Batu Caves: Lembaga Muzium Negeri Sembilan. ISBN: 978-983-2877-12-7.

Shamsul Azri Mohd Radzi, & Jaafar , F. . (2025). Hegemoni Dan Rintangan:

Institusionalisasi Kesatuan Sekerja Di Malaysia: (Hegemony and

Resistance: The Institutionalization of Trade Unions in Malaysia) . Applied History Journal

of Merong Mahawangsa, 3, 175–194. https://doi.org/10.32890/ahjmm2025.3.11

Soewardi Idris. 2004. Sekitar Adat Minangkabau. Jakarta: Kulik-Kulik Alang Himpunan Eks-Siswa SMP Negeri Solok Pada Masa Revolusi 1945-1949. terhadap integrasi nasional. Jurnal Kinabalu, 21, 1–18.

Downloads

Published

2025-12-26

How to Cite

Ramli, F. N. A., & Wahid, A. (2025). Hegemoni Sosiobudaya dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Buya Hamka. Jurnal Peradaban Melayu, 20(2), 113-125. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.2.10.2025