Helah Bela Diri Watak Pemimpin sebagai Cerminan Krisis Kepimpinan dalam Novel Imam Karya Shahnon Ahmad
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.10.2025Keywords:
helah bela diri, krisis kepimpinan, psikoanalisis Freud, kecerdasan emosi, kepimpinan Islam, Shahnon AhmadAbstract
Kajian ini menganalisis helah bela diri (mekanisme pertahanan ego) sebagai cerminan krisis kepimpinan dalam novel Imam karya Shahnon Ahmad, dengan memberi tumpuan kepada watak utama, Imam Haji Mihad. Berasaskan Teori Psikoanalisis Freud dan Teori Kecerdasan Emosi Goleman yang digabungkan dengan Prinsip Kepimpinan Islam, kajian ini meneliti bentuk helah bela diri seperti penafian, rasionalisasi, projeksi dan sublimasi yang digunakan oleh watak untuk menyesuaikan diri dengan tekanan sosial, moral dan spiritual. Analisis mendapati tiga tema utama yang mencerminkan dinamika kepimpinan Islam, iaitu konflik ego–iman, ketidakseimbangan emosi–spiritual, dan kepimpinan tanpa empati. Imam Haji Mihad menggunakan helah bela diri untuk mempertahankan maruah diri dan autoriti kepimpinannya, namun tindakannya memperlihatkan pertentangan antara amanah dakwah dan keinginan mempertahankan kuasa. Kegagalannya mengawal emosi dan memahami psikologi masyarakat menyebabkan kepimpinannya tegas tetapi kehilangan dimensi empati dan rohani. Kajian ini menegaskan bahawa Imam menampilkan krisis kepimpinan Islam sebagai krisis psikospiritual, di mana kekuatan sebenar pemimpin bergantung kepada keseimbangan antara iman, emosi dan hikmah dalam menundukkan ego. Implikasinya, kajian ini memperluas tafsiran kepimpinan Islam melalui pendekatan psikoanalisis dengan menekankan keperluan membina model kepimpinan berasaskan keseimbangan psikologi dan spiritual bagi membentuk pemimpin yang lebih berjiwa insani dan beretika.
Downloads
References
Arba’ie Sujud, S., Razak, S., & Adawiyah, S. R. (2015). Pemikiran politik: Pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad. Universiti Malaysia Kelantan Institutional Repository.https://discol.umk.edu.my/id/eprint/14423
Awang, H. (1988). Kritikan kesusasteraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cramer, P. (1998). Defensiveness and defense mechanisms. Journal of Personality, 66(6), 879–915. Wiley Online Library
Freud, S. (1936). The Ego and the Mechanisms of Defense. London: Hogarth Press.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York, NY: Bantam Books.
Hamzah, N., & Wahid, A. (2017). Emosi takut dalam Hujan Sudah Teduh Zaharah Nawawi. Jurnal Peradaban Melayu, 12, 57–70. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2354
Hamzah, N., & Che Baharudin, N. A. S. (2022). Struktur Binaan Kerangka Model Emosi Watak Protagonis Wanita Berdasarkan Novel Popular dan Realiti, Rumpun: Jurnal Persuratan Melayu, 0(1), 45–58.
Hamzah, N., Baharum, H., & Mohd, F. H. (2024). Emotional analysis of the leader in the Imam novel based on Daniel Goleman’s theory of emotional intelligence. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16(2), 88–99.
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.2.8.2024
Hasan, M. Y. (2013). Kepimpinan dalam sastera Melayu dan Islam: Antara etika dan kuasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Miharja, N. M. (2014). Voice of Islamic Moderation from the Malay World: By Mohd Kamal Hassan (Perak, Malaysia: Emerging Markets Innovative Research, 2011. 358 pages.). American Journal of Islam and Society, 31(4), 108–111. https://doi.org/10.35632/ajis.v31i4.1070
Shafie Abu Bakar. (2019). Sastera Islam dan Kepimpinan Umat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1995). Imam. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vaillant, G. E. (1992). Ego mechanisms of defense: A guide for clinicians and researchers. American Psychiatric Press. Wise Brain.
Yaapar, M. S. (1995). Mysticism and poetry: A hermeneutical reading of the poems of Amir Hamzah. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nordiana Hamzah, Hasrina Baharum, Farra Humairah Mohd

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

