MODUL ‘BIJAK MENGARANG’ MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN

‘BIJAK MENGARANG’ MODULE ENHANCING THE WRITING SKILLS

Authors

  • Norul Haida Hj Redzuan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

kaedah bijak mengarang, kemahiran menulis karangan

Abstract

Modul yang diberi nama ‘Bijak Mengarang’ adalah salah satu daripada bahan rangsangan yang akan menjadi panduan semasa pelajar menulis khususnya dalam bahagian B, iaitu menulis karangan. Modul ini tidak digunakan secara meluas di seluruh negara tetapi adalah inisiatif yang dibuat oleh beberapa orang guru yang melihat keberkesanan teori Behaviouris dan Teori Kognitif. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji akan melihat keupayaan modul Bijak Mengarang membantu kecemerlangan pelajar menulis karangan khususnya bagi karangan fakta. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kg. New Zealand, Maran, Pahang mendapati terdapat beberapa masalah timbul semasa murid-murid menulis khususnya dalam soalan kertas 2 dalam bahagian B. Antara masalah yang timbul dan dapat dikesan secara am ialah murid-murid ini mempunyai idea dalam mengupas sesuatu tajuk, tetapi apabila mereka menulis idea yang ingin disampaikan tidak jelas. Selain itu, gaya persembahan mereka menggunakan bahasa pasar dan ayat tergantung. Kajian ini mengemukakan dua objektif, iaitu untuk mengenal pasti kelemahan struktur ayat murid dan menilai keberkesanan penggunaan modul Bijak Mengarang kepada pelajar tahun 4 dari aspek penggunaan bahasa dan penstrukturan ayat. Dapatan kajian yang diperoleh daripada murid Tahun 4, menunjukkan bahawa mereka bukan tidak mempunyai idea menulis tetapi diganggu oleh penulisan ayat yang adakalanya tersangkut kerana mereka tidak tahu mengembangkan idea selain keterhadan memanipulasikan perkataan menjadi ayat yang gramatis. Kesimpulannya, kajian ini melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan modul Bijak Mengarang dalam menghasilkan perubahan positif semasa menulis di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

The module titled 'Bijak Mengarang' is one of the stimulus materials that will guide students to write in particular in part B, writing essays. This module is not widely used throughout the country but is an initiative made by some teachers who see the effectiveness of Behavioris theory and Cognitive Theory. Hence, in this study, the researcher will see the ability of the Bijak Mengarang module to help students writing essays especially for factual writings. The sample of this study consisted of 40 students of Year 4 of Sekolah Kebangsaan Kg. New Zealand, Maran, Pahang found that there were some problems arising when writing essay especially in paper 2 questions in section B. Among the problems arising and being detected in general are that these pupils have an idea in analyzing a title, but they tend to build ambiguous sentence when writing their idea. In addition, in terms of the presentation style, they use infromal language and incomplete sentences. This study presents two objectives, namely to identify the weaknesses of pupil’s sentence structure and to evaluate the effectiveness of using the Bijak Mengarang module to 4th year students in terms of language use and sentence restructuring. The findings from the Year 4 students showed that they have the idea of writing but were disturbed by the writing of the verse which sometimes occurred because they did not know how to develop ideas other than the ability to manipulate words into grammatical sentences. In conclusion, this study looks the effectiveness of using the Bijak Mengarang module in producing positive changes in writing at primary level until university level.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-18

How to Cite

Hj Redzuan, N. H. (2014). MODUL ‘BIJAK MENGARANG’ MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN: ‘BIJAK MENGARANG’ MODULE ENHANCING THE WRITING SKILLS. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 54–62. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1968