SIRKULASI DAN PENGEDARAN MAJALAH MELAYU SELEPAS PERANG

CIRCULATION AND DISTRIBUTION OF MALAY MAGAZINE AFTER WAR

Authors

  • Hamedi Mohd Adnan Universiti Malaya

Keywords:

Majalah Melayu, sirkulasi dan pengedaran majalah, sistem pemasaran media, ekonomi penerbitan, sejarah majalah, media selepas perang dunia kedua

Abstract

Untuk membolehkan sebuah majalah bertahan di pasaran, tiga elemen perlulah bantumembantu untuk mengukuhkannya, iaitu kandungan editoral, sirkulasi atau pengedarannya, dan sumber darpada iklan. Kandungan editorial bertanggungjawab untuk menarik pembaca dan dengan demikian akan meningkatkan sirkulasi. Peningkatan sirkulasi pula selalunya menyebabkan meningkatnya pendapatan daripada iklan. Dengan demikian, ketiga-tiga tiang itu, iaitu editorial, sirkulasi, dan periklanan amat penting untuk survival majalah. Sirkulasi merujuk pada jumlah edaran majalah kepada audiens. Majalah yang sirkulasinya baik banyak bergantung pada kecekapan dan keberkesanan teknik pemasarannya, di samping kecekapan sistem pengedaran yang digunakan penerbit untuk menyampaikan majalahnya kepada pembaca. Seperti pada periode sebelum perang, para penerbit majalah Melayu selepas perang bergantung sepenuhnya pada sirkulasi majalah untuk menampung perbelanjaan penerbitan dan mengharapkan untung. Artikel ini akan mengupas kedudukan sirkulasi dan pengedaran yang diamalkan dalam penerbitan majalah Melayu selepas perang dan kesannya terhadap kedudukan majalah di pasaran.

 

For a magazine to survive in the market, three elements must be strengthened—the editorial content, circulation or distribution, and income from the advertisement. The editorial content is responsible for attracting readers and thus will improve circulation. Increased circulation also often results in the increased revenue from advertising. Thus, these three pillars, namely editorial, circulation, and advertising are very important for the survival of the magazine. Circulation refers to the number of copies sold to the readers. A good mmagazine circulation depends on the efficiency and effectiveness of marketing techniques, as well as the efficiency of distribution system used by publisher to deliver magazine to the reader. The publishers of Malay magazines after the Second World War are entirely dependent on circulation of the magazine to cover expenses and to expect profit. This article will discusses on the status of circulation and distribution practices of Malay magazine publishing after the war and its impact on magazine in the market.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-18

How to Cite

Mohd Adnan, H. (2014). SIRKULASI DAN PENGEDARAN MAJALAH MELAYU SELEPAS PERANG: CIRCULATION AND DISTRIBUTION OF MALAY MAGAZINE AFTER WAR. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 163–175. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1996