KAJIAN SOSIOLOGI BAHASA DALAM PUISI-PUISI DHARMAWIJAYA
Study on Language Sosiology in Dharmawijaya Poem
Keywords:
sosiologi, bahasa, masyarakat, puisi, DharmawijayaAbstract
Puisi Melayu moden atau sajak yang dihubungkan dengan persoalan kemasyarakatan timbul daripada kesedaran serta keyakinan penyair bahawa hubungan diantara sastera dan masyarakat begitu erat. Oleh itu penyair akan berusaha menyampaikan apa yang benar-benar berlaku dalam sesebuah masyarakat melalui puisi atau sajak ciptaan mereka. Sehubungan itu artikel ini akan menghubungkan disiplin ilmu sosiologi dan kaitannya dengan bahasa dalam mengkaji tiga buah puisi Dharmawijaya iaitu “Kampung Talang”, “Cinta Sayang di Sawah Ladang” dan “Tanah Airku” dalam melihat gambaran masyarakat dan keadaan sebenarnya yang berlaku di kampung halaman penyair serta di tanah air ketika puisi itu dicipta. Ia merangkumi keadaan sosial, ekonomi dan teknologi antara bandar dan luar bandar yang tidak seimbang. Keadaan sosial yang pincang dan masalah kepimpinan yang korup juga disentuh dalam kajian ini. Sesuai dengan disiplin sosiologi bahasa yang diaplikasi, kajian mendapati penyair selepas merdeka seperti Dharmawijaya turut mengisi cita-cita kemerdekaan, menyedarkan bangsanya untuk maju, menulis sajak cinta damai, cinta sawah ladang dan cinta tanah air. Oleh yang demikian, tidak dinafikan lagi bahawa disiplin pelengkap yang menyepadukan karya sastera dengan sosiologi dan bahasa dapat memperlihatkan transformasi dalam kesusasteraan Melayu dengan memelihara jati diri dapat dilaksanakan. Sewajarnya perkara ini dilakukan dengan baik serta penuh rasa tanggungjawab dengan kesedaran diri untuk mengangkat maruah serta martabat bahasa melalui karya kesusasteraan Melayu.
Malay modern poetry or poem which related with community issues arise from awareness along with confidence of poets that relations between literature and community so closely. Therefore, poets will try to convey what actually happened in the community through poem and poetry that their created. Therefore this article will link the disciplines of sociology and its relation to language in the review of three poetry Dharmawijaya namely "Kampung Talang", "Cinta Sayang di Sawah Ladang” and "Tanah Airku" in the community and the real situation happened in the hometown of poet and at a time when poetry was created. It encompasses the social, economic and technological development between urban and rural areas that are not balanced. Social conditions crippled and corrupt leadership issues are also discussed in this study. In accordance with the discipline of applied sociology of language, the study found the poet after independence as Dharmawijaya also fill the ideals of independence, awaken the nation to progress, compose a poem of peace, love and fields and patriotism. Thus, do not doubt that the discipline that integrates complementary sociological literature and languages can show transformation in Malay literature to maintain selfesteem can be implemented. Naturally this is done properly and responsibly with self-awareness to elevate the dignity and prestige of the Malay language through literature.