PENGHAYATAN NILAI MURNI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Appreciation of Positive Values in Human Capital Development Through Traditional Malay Literature
Keywords:
nilai, tatasusila, kesusasteraan, Melayu, adatAbstract
Nilai dan budaya Melayu menjadi asas kepada pembentukan masyarakat melalui kesusteraan Melayu tradisional. Penggunaan gaya Bahasa juga memainkan peranan yang penting sebagai satu unsur keindahan yang mendasari sesebuah karya sastera. Maka, keunikan masyarakat Melayu terletak pada kesusasteraan Melayu, nilai adat serta adat yang tinggi. Jika adab merupakan satu tata susila yang membentuk jati diri kepada bangsa itu, maka adat pula boleh diertikan dengan tata cara hidup sesuatu bangsa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai-nilai, adat dan adab budaya masyarakat Melayu berteraskan kepada kesusasteraan Melayu seperti sajak, pantun, puisi ataupun peribahasa. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dan didapati dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kesusasteraan Melayu yang terkenal dengan keindahan dan kesenian yang tersendiri malah memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreativiti di samping menitikberatkan pengajaran dan maksud yang mendalam. Tambahan lagi, dengan cara inilah kesusasteraan dapat memikat pembaca. Secara khusus, nilai, budaya, adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam masyarakat Melayu. Nilai bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan dikembangkan untuk membentuk dan meneruskan masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera.
Values and culture form the basis of the formation of society through traditional Malay literature. The use of language style also plays an important role as an element of the underlying beauty of a work of literature. Thus, the uniqueness of the community lies in Malay literature, customs and traditional values are high. If culture is the ethic that formed the identity of the people, the customs can also be defined in the way of life of a nation. Therefore, this study was conducted to identify the values, customs and manners of Malay culture based on the Malay literature such as poem, poetry or proverbs. Aspect surveyed values can be seen and found in the life of the community. Malay literature famous for its beauty and artistry of its own but has elements of intellect, spirit and emotions and feelings, full of expression and rich imagination and creativity with properties next emphasis on teaching and profound meaning. Furthermore, this is how literature can attract readers. In particular, values, culture, indigenous Malays become one of the most important structures of Malay in the Malay community. The language and culture of the Malays must be maintained and developed to form and pursue a harmonious society and a prosperous Malaysia.