KONSEP TRI-V DAN PENYUBURAN JATI DIRI MELAYU DALAM PUISI AGI
Tri-V Concept and Malay Identity in Nurturing AGI Poetry
Keywords:
Puisi Tri-V, konteks penulisan, konteks persembahan, jati diri, Melayu, horizonAbstract
Kajian ini berkenaan dengan penulisan kreatif (puisi) Abdul Ghafar Ibrahim atau panggilan AGI yang merupakan pelopor puisi Tri-V (verbal, vokal dan visual). Objektif kajian bertujuan untuk mengenalpasti susur galur sejarah puisi Tri–V yang dipelopori oleh AGI. Seterusnya, kajian terhadap dinamika horizon konsep Tri-V dijalankan dan akhir sekali menganalisis pemaknaan puisi Tri-V “Tan Sri Bulan” berdasarkan penyuburan nilai adat serta jati diri Melayu. Secara jelasnya, horizon puisi Tri-V AGI dapat ditanggapi menerusi pelbagai sudut berbingkaikan kepada dua konteks iaitu konteks penulisan dan konteks persembahan. Dapatan kajian mendapati karya Tri-V AGI bukan sahaja mengangkat imejan atau bentuk semata-mata namun tersulam kemas dengan lapis tipis falsafah, adat serta jati diri masyarakat Melayu yang mengangkat keperibadian Melayu dan wajar dipertahankan buat selama-lamanya.
This study concerned with creative writing (poetry) Abdul Ghafar Ibrahim or call AGI, which is the pioneer of poetry Tri-V (verbal, vocal and visual). The objective of the study was to identify the chronology of the history of poetry Tri-V pioneered by AGI. Next, the study of the dynamics of the horizon concept of Tri-V was conducted and finally analyze the meaning of poetry Tri-V "Tan Sri Bulan" based on the enrichment of Malay tradition and identity. Clearly, the horizon poetry of TriVAGI can be addressed through various angles framed on two contexts which are literary context and the context of the show. The study found the Tri-V AGI is not only raised the imagery or simply form but neatly embroidered with a thin layer of philosophy, tradition and identity of the community that raised Malay and must be defend forever.