KONSEP RAKYAT DAN PERANANNYA DALAM NEGARA
Citizen Concept and Its Role in the Country
Keywords:
rakyat, hamba, kesetiaan, peranan, orang asingAbstract
Kajian ini berkisar perihal rakyat dan peranannya dalam pembentukan sesebuah negara. Pengkaji menjelaskan maksud rakyat dan golongan-golongan yang wujud dalam masyarakat itu yang terdiri daripada rakyat, ulamak, pedagang, dan hamba. Hubungan antara rakyat dan raja turut diterangkan dalam kajian ini. Rakyat memainkan peranan yang sangat penting untuk memajukan negara dengan menyumbang tenaga kerja, kesetiaan kepada raja dan mempertahankan negara dari ancaman musuh luar. Orang-orang asing seperti orang Eropah dan orang Cina menjadi salah satu elemen dalam kajian konsep rakyat ini. Mereka dibahagi kepada dua; 1) orang yang mendapat pengiktirafan negara dan, 2)orang yang tidak mendapat pengiktirafan negara. Pengkaji juga membincangkan perubahan kelas dalam organisasi sosial masyarakat.
This study is about community and their role in the formation of a nation. The researcher explained the meaning of community and groups that exist in the society consisting the people, ulama’, merchants, and slaves. The relationship between the people and the king also was described in this study. The people play very important role for developing countries by contributing manpower, loyalty to the king and to defend the country against the external enemies. The foreigners such as Europeans and Chinese became one of the elements in the study of concept of people. They were split into two; 1) foreigners who gained national recognition and, 2) the foreigners who do not get national recognition. The researchers also discussed the class changes in the social organization of society.