IKLIM ORGANISASI, CIRI PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA SYARIKAT TERAS BUMIPUTERA

ORGANIZATIONAL CLIMATE, PERSONALITY TRAITS AND JOB PERFORMANCE AMONG TERAS BUMIPUTERA COMPANY

Authors

  • Syamimi Mansor Fakulti Pengurusan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Abdullah Jusoh Fakulti Pengurusan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Rusliza Yahaya Fakulti Pengurusan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

iklim organisasi, ciri personaliti, prestasi kerja

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji setiap tahap dan pengaruh antara setiap pemboleh ubah dalam kajian ini dalam kalangan pegawai syarikat Teras Bumiputera. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah dalam kajian ini iaitu iklim organisasi, ciri personaliti dan prestasi kerja. Pengkaji menggunakan pendekatan soal selidik yang melibatkan responden di 60 buah syarikat Teras Bumiputera di Shah Alam, Selangor. Seramai 214 orang pegawai telah dipilih secara rawak mudah bagi mendapatkan maklum balas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Analisis deskriptif menunjukkan min yang tinggi terhadap prestasi kerja, manakala iklim organisasi dan ciri personaliti berada di tahap min yang sederhana. Analisis regrasi berganda digunakan untuk melihat perkaitan antara dimensi iklim organisasi dan ciri personaliti dengan prestasi kerja. Hasil dapatan kajian menunjukkan dimensi struktur, sokongan, identiti, ekstraversi dan keterbukaan mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi kerja. Namun demikian dimensi kesetujuan pula mempunyai hubungan yang signifikan negatif dengan prestasi kerja.

This study aimed to investigate each stage and the influence of each variable in this study among Teras Bumiputera companies. There are three types of variables in the study of organizational climate, personality traits and job performance. The researcher uses a questionnaire approach involving respondents in 60 Teras companies Bumiputera in Shah Alam, Selangor. A total of 214 officers were selected randomly to obtain feedback on the questionnaire that has been distributed. Descriptive analysis showed high mean on job performance, while the organizational climate and personality traits are at the stage of simple min. Multiple regression analysis was used to examine the relationship between organizational climate dimensions and characteristics of personality to job performance. Results showed dimensional structure, support, identity, extraversion and openness has a significant positive relationship with job performance. However, the dimensions of agreement also have a significant negative relationship with job performance.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-12-09

How to Cite

Mansor, S., Jusoh, M. A., & Yahaya, R. (2016). IKLIM ORGANISASI, CIRI PERSONALITI DAN PRESTASI KERJA SYARIKAT TERAS BUMIPUTERA: ORGANIZATIONAL CLIMATE, PERSONALITY TRAITS AND JOB PERFORMANCE AMONG TERAS BUMIPUTERA COMPANY. Jurnal Peradaban Melayu, 11, 56–64. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2342