Isu-isu Perkembangan Sastera Siber di Malaysia

Authors

  • Chew Fong Peng

Keywords:

Sastera Siber, Perkembangan, Malaysia, Karya Lisan, Sistem

Abstract

Pendahuluan perkembangan karya sastera banyak bergantung kepada medium penyebaran utama yang digunakan oleh manusia mengikut zaman. Sastera Melayu misalnya bermula dengan karya lisan yang banyak bergantung kepada ciri penyebaran dari mulut ke mulut. Karya sastera yang disebarkan sedemikian cara lazimnya menerima ubahsuaian, tokok tambah dan pengguguran mengikut penglipur lara dan selera penduduk tempatan. Namun kepengarangan tidak menjadi perkara utama bagi sesebuah karya sastera. Kemunculan sistem tulisan yang diikuti dengan mesin cetak telah mengubah ciri perkembangan sastera daripada bentuk lisan kepada bentuk tulisan bercetak yang semakin autentif sifat dan kandungannya. Kepengarangan yang tidak penting pada mulanya lambat laun menjadi semakin diutamakan. Namun evolusi yang berlaku sangat perlahan dan makan masa yang lama memandangkan bukan semua orang mampu membeli buku sastera ketika itu. Mulai tahun 1975, komputer peribadi mula diperkenalkan dan digunakan dalam kerja menulis dan mencetak semata-mata. Sekitar tahun 1985, usaha ke arah pembangunan sistem komunikasi moden berjaya memperkenalkan sistem internet. Daripada itu, kaedah komunikasi baru pun lahir dan terciptalah wadah komunikasi yang digelar "alam siber". Internet menjadi media yang moden, menjanjikan prospek dan merupakan tren generasi mutakhir, dan masa depan. Dalam usaha mengembang dan memartabatkan kedudukan sastera kebangsaan di tanah air kita, maka internet digunakan oleh sesetengah pihak untuk dibuat laman web khusus untuk sastera yang digelar e-sastera.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Kadir Marsono & rakan-rakan, 2000. Pelaksanaan Pembelajaran Maya di Fakulti Kejuruteraan Awam. P rosiding Konvesyen Pendidikan UTM Skudai: Penerbit UTM.

Cornish, E. 1999. The Cyber Futures. http://leep.lis.uiuc.edu/spring02/LIS450CML/Forecasting/Cyberfuture.pdf

Editorial. 2006. Mengangkat Martabat Karya-karya di Internet. 2-15 Julai. www.sastera-sms.com

Editorial. 2007. Berkenalan dengan Esastera.com. Sastera.Net. Edisi 1: 15.

Irwan Abu Bakar, 2007. Dari Blog ke Slog: Selepas Sastera Siber, Sastera SMS? Sastera.net. Edisi l: 18-21.

Jaya Kumar C. Koran, 2001. Aplikasi 'E-Learning' dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia: cadangan Pelaksanaan pada Senario Masa Kini. Seminar Kebangsaan Penggunaan Bahasa sumber Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, 27-2911b. Jun.

Johan Jaafar, 2004. Ke Arah Sastera Siber atau E-Sastera. Dewan Sastera, Februari: 42-44.

Jonassen, D.H., Peck, K.K., & Wilson, B.G., 1998. Learning With Technology: A Constructive Perspekctive. New Jersey: Prentice-Hall.

KaryaNet Pelengkap Kepada Penerbitan Bercetak. Wawancara dengan Jamaluddin Mohd. Sulong. Dewan Sastera, November: 22-25.

Mohd. Dahri Zakaria, 2004. Sastera Siber Sebagai Wadah Alternatif. Mahasiswa, Februari.

Mohamad Daud Mohamad, 2006. KaryaNet dan Sastera Siber. Dewan Sastera, November: 19-21.

Norafida Itnin & Othman Ibrahim, 2000. E-Pembelajaran Secara Langsung (Live E-learning) dalam Pembelajaran Maya. Prosiding Konvesyen Pendidikan UTM Skudai: Penerbit UTM.

Saedah Siraj & Mohd Paris Saleh, 2003. Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Sekolah Menengah: Jangkaan Masa Depan. Jurnal Pendidikan, 23: 123-139.

Victor Pogadaev, 2005. Sastera Siber: ke mana Jalannya? Kertas Kerja Bicara Karya dan Malam puisi eSastera.com. Persatuan Penulis Kelantan, I0hb. Jun.

Wan Abu Bakar Wan Abas, 2006. New Thinking on Cyber Poems. www.esastera.com/kk/internetpoetry.htm.

Zalina Mohd. Aris. 2000. Students' Perception of Suitable Educational Activities fot the Proposed computer Aided Language Learning (CALL) Center in ITTHO. Kajian Pendidikan. Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

Downloads

Published

2020-01-29

How to Cite

Peng, C. F. (2020). Isu-isu Perkembangan Sastera Siber di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 4, 93–110. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3222