Prinsip Kesempurnaan Berbahasa dalam Karya Agung Taj Us-Salatin
Keywords:
Berbahasa, Prinsip, Kesempurnaan, Karya Agung, Taj us-SalatinAbstract
Makalah ini bertujuan untuk meneliti amalan prinsip kesempurnaan berbahasa dalam karya agung Taj us-Salatin. Prinsip kesempurnaan bahasa melihat kepada tujuan berbahasa yang melengkapi Teori Falsafah Bahasa (2012). Melalui teori ini dihuraikan bagaimana bahasa itu berperanan secara langsung dalam mempengaruhi pemikiran dan cara hidup individu dan masyarakat penuturnya. Penelitian terhadap teks ini menggunakan kaedah kualitatif dengan huraian deskriptif untuk menerangkan sesuatu perkara. Karya agung yang menggunakan bahasa lisan dan tulisan sebagai medium utama dalam penghantaran mesej tidak lari daripada menepati prinsip-prinsip asas dalam teori ini. Tokoh karya agung ini membawa pemikiran dan idea yang tersendiri melalui karya beliau sehingga karya beliau layak diangkat sebagai karya yang unggul. Karya agung Melayu menjadi lambang keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan nilai, pandangan hidup, budi dan idealisme masyarakat pada ketika itu yang merangkumi mutu, nilai ketamadunan, nilai kemanusiaan dan sebagainya. Pengkarya terkenal seperti Bukhari al-Jauhari melalui penulisannya dalam Taj us-Salatin memenuhi prinsip-prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu pertamanya, berbahasa mengikut nahu semasa ketika itu. Kedua, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tidak boleh diragui kesahihannya. Prinsip terakhir ialah berbahasa untuk tujuan ibadat dan mentauhidkan Allah S.W.T. Hal ini dernikian memberikan gambaran bahawa penulis mempunyai hubungan berkadar langsung dengan pembaca.
Downloads
References
Mohd Rashid Md. Idris, 2010. Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md. Idris, 2011. Nilai Melayu dalam Pantun. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Rashid Md. Idris, 2012. Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Tanjong Malim Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Yayasan Karyawan, 2005. Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Yayasan karyawan, 2013. Prosiding Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu, 2013. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.