Penggunaan Model Konstruktivisme dalam Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu
Keywords:
Model Konstruktivisme, Bahasa Melayu, Inovatif, Kreatif, Pengajaran dan PembelajaranAbstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti Penggunaan Model Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Justeru apabila menggunakan model Konstruktivisme ini, pelajar digalakkan bertukar-tukar idea melalui fasa orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, penggunaan idea dan renungan kembali. Kajian ini dijalankan Secara kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Dapatan kajian ini dianalisis melalui analisis dokumen. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan penggunaan Model Konstruktivisme, dicadangkan agar silibus Bahasa Melayu dikurangkan dan pensyarah juga perlu berfikiran inovatif, kreatif dan positif, serta membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan Penggunaan Model Konstruktivisme. Justeru, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berkesan merupakan matlamat semua pendidik. Walau bagaimanapun, untuk mencapai matlamat tersebut perubahan paradigma pengajaran penting untuk mengubah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu daripada berbentuk deduktif kepada pengajaran yang membolehkan perkembangan intelek dan memperbaiki pemikiran pelajar dan merealisasikan pengetahuan dalam kelas Bahasa Melayu kepada merealisasikannya dalam kehidupan sebenar.
Downloads
References
Biro Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cohen, Manion, L dan Morrison, K., 2000. Research Methods in Education. Ed. Ke-5. London: Routledge falmer.
Creswell, J. W., 2005. Educational research (2nd. ed.). Upper Saddle River, NJ:
Eick, C. J. dan Reed C. L, 2002. What Makes an Inquiry Oriented Science Teacher? The Influences of Learning History on Student Teacher Role Identity and Practice. Science Education 86 (93): 401-415
Gay, L R dan Airasian, R, 2000. Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Ed ke-6. New Jersey: Merrill.
Hamman, D., Berthelot, J dan Crowley, E, 2000. Teachers Coaching of Learning and its Relation to Students Strategies Learning. Journal ofEducational Physchology 92 (2):324-348.
Imran Ho., 2002. Sifat Malu dalam Kalangan Orang Melayu. Seminar Kebangsaan Wacana Pemikiran Dalam Pendidikan. UKM. Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001. Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi, Ke-3. 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Azleena Nik Ismail, 2003. Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar: Satu Tinjauan di daerah Dungun. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.