Perkembangan Jaku Iban dalam Sistem Pendidikan

Satu Bahasa Etnik dari Rumpun Bahasa Melayu

Authors

  • Chemaline Osup Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Jaku Iban, Bahasa Etnik, Sistem Pendidikan, Perkembangan, Rumpun Bahasa Melayu

Abstract

Suku kaum Iban di Sarawak bertutur dalam bahasa etnikyang dişebut sebagai Jaku Iban. Pada zaman pemerintahan Brooke, Jaku İban telah diajar sebagai bahasa vernikular di sekolah mubaligh kristian, Pada hari İni, Jaku Iban telah diiktiraf untuk diajar sebagai mata pelajaran bahasa tambahan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan melalui Akta Pendidikan. Jakulban mulai diajar dari Tahun 3 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah dan dari Tingkatan I hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. Kertas ini ditulis untuk menghuraikan perkembangan Jaku Iban di Sarawak yang berlaku sejak beberapa zaman seperti era pemerintahan Rajah Brooke, era Kolonial British, era peralihan ke sistem kebangsaan dan era pasca Akta Pendidikan 1996. Turut dibincangkan juga ialah beberapa saranan dan langkah-langkah yang diusahakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Jaku Iban dalam kurikulum kebangsaan selain memperkukuhkan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara. Akhir sekali diperlihatkan perkembangan Jaku Iban pada zaman kontemporari ini. Era Pasca Akta Pendidikan 1996 dilihat oleh suku kaum Iban sebagai zaman kegemilangan perkembangan Jaku Iban kerana pada waktu itu perkembangan bahasa etnik lban menjadi lebih mantap dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran Jaku Iban telah mendapat tempat yang kukuh dan terjamin dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan perolehan status Jaku Iban sebagai bahasa tambahan. Usaha gemilang pemantapan Jaku Iban terus berlaku apabila kursus Jaku Iban ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan İdris di peringkat Diploma dan Minor pada tahun 2010. Adalah disarankan agar universiti lain juga akan turut menawarkan kursus Jaku Iban. Setakat ini selain UPSI, universiti lain yang telah menawarkan kursus Jaku Iban ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tawaran kursus Jaku Iban di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (Kampus Rajang) di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah amat relevan untuk menghasilkan guru terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran Jaku Iban.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asmah Hj. Omar, 1981. The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chemaline Anak Osup, 2003. "Jaku Iban dalam Sistem Pelajar di Sarawak", Majalah PEGARI, Vol. 35, Bintulu: Pegari Iban Production.

2010."Taun 2010 Nempa Sejarah Baru: Jaku Iban Manggai Ba Universitit dlm. Majalah PEGARI, Vol.5, Bintulu: Pegari Iban Production.

2011. "Pemansang Jaku Iban", dlm. Majalah PEGARI, Vol. 36 & 37, Bintulu: Pegari Iban production.

Department of Education Sarawak, 1964. Iban: The Full Teaching Syllabus for Junior Secondary Schools. 1964, Kuching.

Gomes, E.H., 1911. Seventeen Years Among the Sea Dayaks. London: Printing Press.

Jabatan Pendidikan Sarawak, 1989. Kertas Kerja Untuk Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Sukatan Pelajaran Bahasa Iban untuk Sekolah Menengah Atas (KBSM) di Sarawak. Kuching: JPN.

Jabu Numpang, 1989. "Keynote Address on 'The Cultures of Sarawak: An Overview" dlm. The Sarawak Meseum Journal, Vol. 2, Kuching: Meseum Sarawak
Jensen E, 1964. "Towards an Iban Fowler —The Language of the Iban" dlm. The Sarawak Meseum Journal. Vol. Xl, No. 23 — 24 (New Series). Kuching: Sarawak Meseum.

Lambat Lindong, 2008. "Sejarah Perkembangan Bahasa Iban". Kertas kerja disampaikan dalam Taklimat Pemantapan Bahasa Iban-Kadazandusun dianjurkan JPN Sarawak dan Sabah.

Nik Safiah Karim, 2004. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter M. Kedit, Aeries S. Jingan, Darell Teen, Thomas Chung, Heidi Munan dan Yohannan John, t.t. 150 Years of the Anglican Church in Borneo 1848-1998. Kuching: The Press.

Robert Pringle, 1970. Rajah and Rebels: The Ibans ofSarawak under Brooke Rule, 1841-1941. London: UK

Tun Jugah Foundation, 2011. BupSereba RetiJaku Iban. Kuching:TJF

Vinson and Joanne Sutlive, 1994. HandyReference Dictionaryoflban andEnglish. Selangor: Gombak.

Downloads

Published

2013-11-27

How to Cite

Osup, C. (2013). Perkembangan Jaku Iban dalam Sistem Pendidikan: Satu Bahasa Etnik dari Rumpun Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 219–229. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3248