Pendidikan Estetika dalam Penciptaan Karya berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.1.7.2024Keywords:
Teksnaluri, Pendidikan Estetika, Model Proses Kreatif Teksnaluri, Penciptaan Karya, Penghasilan karyaAbstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mendapati terdapat 3 fungsi utama yang telah dihuraikan. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Kemasyarakatan. Naluri Kemasyarakatan hadir dalam 5 buah karya, Naluri Kerohanian (4), Naluri Kemanusiaan (4), Naluri Keindividualan (2), Naluri Keintelektualan (2), Naluri Kealaman (3) dan Naluri Keindahan sebanyak 4 karya. Kajian ini mencadangkan Model Proses Kreatif Teksnaluri digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan proses kreatif dan kepengarangan dalam penciptaan karya ke atas penulis lain.
Kata Kunci : Pendidikan Estetika, Teksnaluri, Model Proses Kreatif Teksnaluri, penciptaan karya
Downloads
References
Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Ali (2011). Proses Kreativiti A. Samad Said Berasaskan Teori Teksdealisme. Jurnal Beradaban Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Hassan, U. H. (2011). Drama dakwah di Malaysia: kajian tentang proses penulisan skrip (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publications.
Braginsky. I.V.(1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti Dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah et al, 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ghazali Din. (2010). Proses kreatif dan pemikiran: kajian puisi A. Wahab Ali dan Kemala (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Juraman, S. R. (2017). Naluri Kekuasaan dalam Sigmund Freud. Jurnal Studi Komunikasi, 1(3), 280-287.
Rahmah Haji Bujang (2000), Imaginasi, Persepsi, Visualisasi: Proses Kreatif Seni Persembahan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur Amira Mohd , Ghazali Din
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.