Komunikasi berkesan dalam Persembahan Puisi Artistik Rahman Shaari
Effective communication in the Presentation of Rahman Shaari's Articles Puff
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.10.2018Keywords:
Sajak, Artistik, Naratif, Appresiasi, Komunikasi, SumbanganAbstract
Rahman Shaari merupakan seorang penyair, penulis bebas dan ahli akademik negara. Bagi mendepani unsur sastera dalam ruang peradaban Melayu, beliau masih terus aktif menulis dan berkarya dalam pementasan puisi dan membimbing para penyair angkatan muda sebagai pelapis budaya bangsa. Beliau sentiasa gigih dalam usaha mengangkat martabat puisi Melayu di mata dunia sehingga beliau dianugerahkan S.E.A Write Awards atau Anugerah Penulis Asia Tenggara pada tahun 2007 yang merupakan anugerah sastera berprestij bagi menghargai sumbangan para penulis bidang kesusasteraan di Asia Tenggara. Kajian bertajuk ‘Komunikasi Berkesan Dalam Persembahan Puisi Artistik Rahman Shaari’ ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji beberapa sajak Rahman Shaari yang turut membina komunikasi berkesan dalam persembahan artistik puisi Rahman Shaari. Kajian ini juga menerapkan Teori Stilistik bagi mengkaji tentang bahasa yang diterapkan dalam hasil karya sajak beliau. Metodologi kajian ini melibatkan penyelidikan kualitatif berasaskan kajian teks. Hasil kajian ini penting untuk mengapresiasi sumbangan Rahman Shaari dalam bidang puisi dan berharap kajian ini menjadi pendorong untuk beliau terus menulis dalam dalam bidang puisi dan terus berjuang dalam menghasilkan karya dalam penghasilan sajak yang sesuai dengan elemen artistik yang sentiasa ditampilkan apabila beliau muncul dalam setiap persembahan pentas sajaknya. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan sumbangan Rahman Shaari ini penting dalam memartabatkan bidang puisi yang turut dapat mendidik seseorang individu membina komunikasi berkesan terutama dalam tingkah laku dan menutur bicara.
Rahman Shaari is a poet, a free writer as well as a national academia. In order to anfront with the literary elements in Malay Civilization, he is still actively writing and working towards the poetry presentation and coaching the young poets. He always intensely towards the effort in lifting the dignity of Malay poetry at the eyes of the world and finally he was awarded with S.E.A White Awards or South East Asia Writer Awards in 2007 which is the prestigious literary award in order to appreciate their contribution in writing. The research entitles ‘Komunikasi Berkesan Dalam Persembahan Puisi Artistik Rahman Shaari’ is aimed to study some artistic poems by him that builds individual self-skills in effective communication. This study also applies Stilistic Theory to study the language applied in the works of his poem. The methodology used in study involves qualitative research based on text studies. The findings of this study are important to appreciate the contributions of Rahman Shaari's work of art and hoping that this study will encourage him to continue in producing poems that suits with artistic element showed by him during his poetry performance. In conclusion, this research can prove that Rahman Shaari's contribution is important in upholding the poetry field that can also educate individuals to build their own skills in effective communication especially behavior and in speech.
Keywords: Poetry, Artistic, Narrative, Appreciation, Communication, Contribution.
Downloads
References
Abdul Halim Ali. (2013). Memahami puisi Melayu tradisional. Tanjong Malim: Budiman.
Ismail Salleh, Saadiah Maalip, Muhammad Fadzeli Jaafar. (2001). Keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
M.Atar Semi. (1993). Metode penelitian sastra. Penerbit Angkasa Bandun
Mana Sikana. (2015). Koleksi teori sastera. Pustaka Karya.
Mana Sikana. (1997). Pembangunan Seni & Sastera. Jabatan Persuratan Melayu.
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu Jil (8).
Muhammad Haji Salleh. (2008). Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan: Mc Graw Hill Education.
Rahman Shaari (2008). Anjung deklamator. Ampang: Pekan Ilmu Publication
Rahman Shaari (2005). Kemantapan puisi Melayu moden: Satu Tinjauan. Ampang: Pekan Ilmu Publication Sdn Bhd
Rahman Shaari. (2007). Rahman Shaari penerima Anugerah Sea Write Awards 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors.