Persepsi dan Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam PdP Matematik di Sekolah Rendah Daerah Mersing

Authors

  • Nurul Hidayah Isnin Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar, Jalan Tanjung Sekakap, Kem Iskandar, 86800 Mersing, Johor, Malaysia
  • Nor Suriya Abd Karim Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia
  • Mohd Hafiz Mohd Sabri Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar, Jalan Tanjung Sekakap, Kem Iskandar, 86800 Mersing, Johor, Malaysia
  • Nur Hamiza Adenan Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.1.8.2025

Keywords:

Pembelajaran Koperatif, Pengetahuan, Kemahiran, Pelaksanaan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik di sekolah rendah daerah Mersing melalui kajian terhadap tahap pengetahuan, kemahiran, dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif oleh guru Matematik di sekolah rendah di daerah Mersing, serta mengkaji hubungan antara pengetahuan, kemahiran, dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif oleh guru Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian deskriptif kaedah tinjauan rentas silang dan kaedah analisis korelasi pearson yang melibatkan 92 orang guru Matematik sebagai sampel. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan skala likert 4 mata dan data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran berkenaan kaedah pembelajaran koperatif dalam PdP Matematik di daerah Mersing berada pada tahap tinggi, dan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam PdP matematik di daerah Mersing berada pada tahap tinggi meskipun kekerapan pelaksanaan menggunakan pelbagai jenis kaedah pembelajaran koperatif berada pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang sederhana antara tahap pengetahuan dengan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif. Terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang kuat antara kemahiran dengan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif, dan hubungan yang signifikan pada tahap yang kuat antara pengetahuan dan kemahiran kaedah pembelajaran koperatif. Ini bermakna kemahiran guru sangat mempengaruhi pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah manakala tahap pengetahuan dan tahap kemahiran adalah saling bergantungan antara satu sama lain. Kajian ini diharap dapat menggalakkan guru-guru untuk menggunakan pelbagai jenis kaedah pembelajaran koperatif sebagai amalan dalam PdP di bilik darjah serta memberikan idea kepada KPM, JPN dan PPD untuk mengadakan kursus atau bengkel dan mempromosikan pelbagai jenis kaedah pembelajaran koperatif agar dapat membantu memberikan panduan yang sistematik dalam kaedah pembelajaran koperatif. Kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi kajian pada masa akan datang untuk sistem pendidikan yang lebih menyeronokkan.

References

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad Johari Sihes, Jamaluddin Ramli & Musa Ismail. (2006). Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas guru program pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian, Johor. Semantic Scholar. https://api.semanticscholar.org/CorpusID:190322029.

Al-Mubireek, S. (2021). The effects of cooperative learning versus traditional teaching on students’ achievement: A case study. TESOL International Journal, 16(2), 31-55.

Auerbach, A. J., Higgins, M. Brickman, P. & Andrews, T. C. (2018). Teacher knowledge for active-learning instruction: Expert-novice comparison reveals differences. CBE-Life Sciences Education, 17(12), 1-14. Baloche, L., & Brody, C. M. (2017). Cooperative learning exploring challenges, crafting innovations. Journal of Education for Teaching, 43, 274-283.

Benlahcene, A., Lashari, S. A., Lashari, T. A., Shehzad, M. W., & Deli, W. (2020). Exploring the perception of students using student-centered learning approach in a Malaysian public university. International Journal of Higher Education, 9(1), 204-217.

Brunner, J. S. (1966). Toward a Theory of Instruction. MA: Harvard University Press.

Chin, L. S. (2021). Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital Meningkatkan Pemahaman Murid Terhadap Pembelajaran Alam Sekitar.

Daiana Shamini Thomas &Muhammad Sofwan Mahmud. (2021). Pembelajaran berasaskan permainan digital dalam pengajaran matematik: Sebuah Tinjauan Literatur. International Virtual Conference on Education, Social Sciences and Technology, 341-352.

GP Harianto, Rusijono, Siti Masitoh & WH Setawan. (2020). Collaborative-cooperative learning model to improve theology students’ characters: Is it effective?. Cakrawala Pendidikan, 39(2), 409-421.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Loh, R.C.Y., & Ang, C. S. (2020). Unravelling cooperative learning in higher education: A review of research. Research in Social Sciences and Technology, 5(2), 22-39.

Mohd Hasril Amiruddin & Alias Masek. (2014). Inovasi dalam Pendidikan-Isu dan Cabaran. Penerbit UTHM. Muhammad Asef Qureshi, Asadullah Khaskheli, Jawaid Ahmed Qureshi, Syed Ali Raza & Sara Qamar Yousufi.

(2023). Factors affecting students’ learing performance through collaborative learning and engagement. Interactive Learning Environments, (3194), 2371-2391.

Muhammad Izzat Mailis. (2021). Tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan di sepang, selangor terhadap pembelajaran abad ke-21. Jurnal Kesidang Kesidang Journal, 6,16-29.

Nadia Abdul Rahim, Nor Aqilah Meor Fadzir, Nur Adilah Hani Zaimal, Firli Fairulyzan Arias Yahaya, Zatul Iffah Zainol, & Mohd Razimi Husin. (2021). Implikasi gaya pembelajaran koperatif subjek sains bagi murid tahap dua di sekolah kebangsaan bandar baru rawang. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(2), 57-66.

Namaziandost, E., Hamayouni, M. & Rahmani, P. (2020). The impact of cooperative learning approach on the development of EFL learners’ speaking fluency. Cogent Arts & Humanities, 7, 1-13.

Ni Luh Gita Sri Antari, Kt. Pudjawan, & Md. Citra Wibawa. (2019). Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe course review horay berbantuan media gambar terhadap hasil belajar IPA. International Journal of Elementary Education. 3(2), 116-123.

Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan guru matematik daerah kuala langat dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019)

Nurul Shakirah Mohd Zawawi & Hairulliza Mohd Judi. (2020). Model of meaningful learning using social media in higher education institution. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, 9(2), 69 - 93.

Ramlee Ismail, Jamal @ Nordin Yunus, & Marinah Awang. (2021). Analisis Data dan Pelaporan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohaida Mazlan. (2017). Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru bahasa dalam melaksanakan kajian pengajaran melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 7(2), 30-40.

Ros Anita Kartini Mohamed & Abdul Halim Ali. (2021). Implikasi elemen sastera melayu terhadap perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126.

Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff, & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan bahasa melayu menengah atas. International Journal of Education and Training (InjET), 3(2), 1- 12.

Rubaaiah Sidek, Lilia Halim & Nor Aishah Buang. (2021). Kefahaman dan persepsi guru Sains tentang kreativiti saintifik serta pendekatan untuk memupuknya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 95-102.

Shahrom, N. (2006). Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan murid pendidikan fizik merentas jantina. Buletin Persatuan Pendidikan Sains & Matematik Johor, 15(1), 1-12.

Shanmugavadivu Varatharaju & Mohd Afifi Bahurudin Setambah. (2023). Pelaksanaan KBAT dengan penggunaan kaedah jadual dalam penyelesaian matematik tahun empat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 13(1), 22-30.

Silalahi, T. F. & Hutauruk, A. F. (2020). The application of cooperative learning model during online learning in pandemic period. Budapest International Research and Critics Institute-Journal, 3(3), 1683-1691.

Sim Sze Hui & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pengajaran grasha-riechmann dalam kalangan guru: sorotan literatur bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 54-70.

Siti Rahaimah Ali. (2020). Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcara (PdP) melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tiong, Y. N., & Amran, M. S. (2021). Pembelajaran menggunakan kaedah brainwriting dalam membantu murid menguasai kemahiran menulis. Sains Insani, 6(2), 279.

Wan Hasmah Wan Mamat, & Nur Munirah Teoh Abdullah. (2015). Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Pembelajaran Koperatif. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Wan Mohd Zaid. (1993). Kepentingan pengetahuan dan kemahiran guru dalam era pembangunan. Jurnal Pendidikan. 18, 53-63.

Downloads

Published

2025-04-30

How to Cite

Isnin, N. H. ., Abd Karim, N. S., Mohd Sabri, M. H. ., & Adenan, N. H. . (2025). Persepsi dan Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam PdP Matematik di Sekolah Rendah Daerah Mersing. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 15(1), 96-110. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.1.8.2025

Most read articles by the same author(s)