MODEL PENGUKURAN KEPERCAYAAN BAKAL GURU MATEMATIK DI MALAYSIA

Authors

  • Mazlini Adnan
  • Effandi Zakaria

Keywords:

kepercayaan matematik, bakal guru matematik

Abstract

Kepercayaan matematik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Hal ini adalah kerana ia memberi impak kepada pemilihan strategi dan teknik pengajaran yang akan digunakan dalam bilik darjah. Untuk pengajaran yang berkesan, kepercayaan matematik guru perlu berada di landasan yang betul. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memprofil dan membina model struktural kepercayaan bakal guru matematik di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kepercayaan matematik diukur menggunakan instrumen Soal Selidik Kepercayaan Matematik (SKM). Hasil dapatan dianalisis melalui SEM dan CFA bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan secara keseluruhannya kepercayaan matematik adalah menjurus kepada kepercayaan konstruktivisme. Selain itu, model pengukuran kepercayaan matematik terdiri daripada dua faktor iaitu kepercayaan konstruktivisme dan kepercayaan tradisional dan dua pembolehubah tersembunyi. Implikasi kajian turut dikemukakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran matematik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-19

How to Cite

Adnan, M., & Zakaria, E. (2019). MODEL PENGUKURAN KEPERCAYAAN BAKAL GURU MATEMATIK DI MALAYSIA. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(1), 1–11. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2017