PENGETAHUAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK

Authors

  • Aini Hayati Pazin @ Fadzil
  • Noor Shah Saad

Keywords:

Pengetahuan Standard Pengajaran Matematik, Model Persamaan Berstruktur

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai dengan menggunakan pakej perisian statistik serta Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasa dua Terkecil Separa. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang lima komponen pengetahuan SPM-SR iaitu pengetahuan atribut ikhtisas (ATI), pengetahuan amalan ikhtisas (AI), pengetahuan ikhtisas (PI), pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) dan pengetahuan pentaksiran (PP). Komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR) dengan nilai masing-masing iaitu 0.529 (AI) dan 0.504 (PPPI). Oleh demikian, dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan data asas tentang standard pengajaran matematik di negara ini. Data asas ini boleh diguna pakai oleh masyarakat pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Pazin @ Fadzil, A. H., & Saad, N. S. (2019). PENGETAHUAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 43–62. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2117