Analisis sikap murid terhadap mata pelajaran Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Analysis of pupils attitudes towards science subject in National Type School (Tamil)
DOI:
https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol7.2.7.2017Keywords:
Kaedah Hermeneutik, Sikap Murid, Mata Pelajaran Sains, Pengajaran Dan PembelajaranAbstract
Kajian ini adalah untuk menganalisis sikap murid dan cara-cara guru serta ibu bapa dapat membantu terhadap mata pelajaran Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Sampel kajian melibatkan sepuluh orang murid tahun lima di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang terletak di daerah Kinta Utara. Kaedah kajian ini menggunakan teks jawapan yang ditulis oleh responden sebagai data dan ditranskripsikan menjadi teks kajian. Teks kajian ini seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermeneutik. Kajian ini menunjukkan antara masalah yang kerap dibincangkan ialah sikap murid yang tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru, rasa bosan, malas berusaha dan ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang pelajaran anak mereka. Implikasi kajian kepada guru ialah menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan ibu bapa memberi tumpuan terhadap anak serta Kementerian Pendidikan perlu memberikan latihan kepada guru-guru yang mengajar Sains.
Downloads
References
Ali, M. M., Yager, R. E., Hacieminoglu, E., & Caliskan, İ. (2013). Changes in Student Attitudes Regarding Science When Taught by Teachers Without Experiences with a Model Professional Development Program. School Scienceand Mathematics, 113(3), 109-119.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hacieminoglu, E., Yilmaz-Tuzun, O., & Ertepinar, H. (2009). Investigating Elementary Students’.
Learning Approach, Motivational Goals and Achievement in Science. Hacettepe University. Journal of Education, 37, 72-83.
Higgs, J. Paterson, M. & Kinsella, E. A.. (2012). Hermeneutic Analysis: Interpretation and Understandingin Research and Practice. Contemporary Psychotherapy, 4: 1-15.
Kamisah, O., Zanaton, H. I. & Lilia, H. (2007). Sikap Terhadap Sains dan Sikap Saintifik di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan. 32, 39-60.
Lyons, E. & Coyle, A. (2007). Analysing Qualitative Date in Psychology: London: SAGE Publications.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ragin, C. C. (1994). Constructing Social Research. Thousand Ooks. California: Pine Forge Press.
Suppiah, N. (2003). Proses kognitif dalam penulisan esei melalui analisis hermeneutik. Minden: Universiti Sains Malaysia (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan).
Suppiah, N. (2013). Proses Kognisi Dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah, N. (2014). Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah, N. (2016). Kaedah Hermeneutik: Kaedah interpretasi teks secara kualitatif. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Talib, O., Luan, W. S., Azhar, S. C. & Abdullah, N. (2009). Uncovering Malaysian Students Motivation to Learning Science. European Journal of Social Science, 8(2): 266-276.