Aplikasi Pendekatan Berpaksikan Kekangan Terhadap Pemerolehan Kemahiran Menggelecek Kanak-Kanak dalam Bola Sepak
DOI:
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol14.sp.8.2025Keywords:
Kanak-Kanak, Pendekatan Berpaksikan Kekangan, Persepsi-Tindakan, Modifikasi Peralatan dan Permainan, Kemahiran MenggelecekAbstract
Kemahiran menggelecek dalam bola sepak amat penting untuk membantu pemain meningkatkan penguasaan bola ketika mengatasi pasukan lawan. Ini mempunyai banyak kaitan dengan kurangnya keupayaan untuk mencipta peluang jaringan, malahan meningkatkan risiko kehilangan penguasaan bola ketika bermain. Pemain yang tidak boleh menggelecek dengan berkesan berada pada kelemahan yang ketara ketika melakukan serangan dan bertahan dalam perlawanan. Pendekatan berpaksikan kekangan merupakan rangka kerja untuk mengajar, melatih dan mempraktikkan kemahiran motor hasil daripada penyesuaian dan interaksi antara kekangan latihan. Modifikasi peralatan dan permainan dalam latihan telah membantu dinamik intrinsik individu beradaptasi terhadap persepsi-tindakan untuk mempelajari kemahiran sedia ada mahupun kemahiran baru. Peluang pembangunan kemahiran secara implisit ketika berlatih membantu pelajar membina pemerolehan yang lebih strategik dan beradaptasi terhadap tuntutan pembangunan kemahiran. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kepentingan pendekatan berpaksikan kekangan serta modifikasi peralatan dan permainan terhadap pemerolehan kemahiran menggelecek kanak-kanak dalam bola sepak. Kajian akan memberi implikasi dan sumbangan kepada jurulatih sukan, khusus dalam bola sepak yang berusaha dalam mempraktikkan kemahiran menggelecek pada kanak-kanak. Hasil penyelidikan ini juga berkepentingan sebagai rujukan ilmiah kepada pengkaji-pengkaji masa hadapan dalam bidang pembelajaran motor.
Downloads
References
elnistoryan1@gmail.com
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 ELNISTO RYAN VINSTINE, Hasnol Nordin, Jorrye Jokiwa, Md. Safwan Samsir

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


