Pembelajaran Kemahiran Lompat Kijang melalui pendekatan Berpaksikan Kekangan
DOI:
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol14.1.6.2025Keywords:
Pendekatan Berpaksikan Kekangan, Pendekatan latihan tradisional , pembelajaran kemahiran, lompat kijangAbstract
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pembelajaran kemahiran bagi acara lompat kijang dengan menggunakan dua kaedah latihan yang berbeza iaitu pendekatan berpaksikan kekangan (PBK) dan pendekatan latihan tradisional (PLT). Pembelajaran kemahiran menggunakan kaedah PBK dikaitkan dengan interaksi kekangan antara kekangan tugas, kekangan individu dan kekangan persekitaran, individu akan mengalami ketidakstabilan dan mengalami proses organisasi kendiri apabila manipulasi terhadap mana-mana kekangan dilaksanakan. Kajian kuasi - eksperimental ini melibatkan lapan (8) orang individu novis berusia 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah daerah Bintulu, Sarawak. Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan kaedah pasangan sepadan (matched paired design) berpandukan kepada keputusan ujian lompat kijang berdiri (LKB) pada pra ujian. Penilaian dilaksanakan menggunakan ujian Lompat Kijang Berdiri (LKB) dan Ujian Lompat Kijang Larian Lima langkah (LKL5L) sebanyak tiga kali pengujian iaitu Ujian Pra (P1), Ujian Pertengahan - Pasca 1 (P2) dan Ujian Pasca 2 (P3). Ujian pengukuran Mixed ANOVA dan ujian saiz kesan dilaksanakan bagi menilai prestasi lompatan kedua-dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi bagi kedua-dua kumpulan untuk kesan utama bagi tempoh masa iaitu F(1,6)=10.063, p=0.003, ƞ²=0.626 bagi ujian LKB dan F(1,6)=13.590, p<.001, ƞ²=0.694 bagi ujian LKL5L. Manakala dapatan ujian saiz kesan bagi LKB adalah pada magnitud sederhana semasa P2 iaitu 1.158 dan rendah semasa P3 iaitu ES=1.189, bagi ujian LKL5L pula adalah masing-masing ES=1.498 (P2) bermagnitud sederhana dan rendah pada P3 iaitu ES=.723. Implikasi kajian menggunakan PBK adalah bersifat tidak linear iaitu individu akan mengalami proses organisasi diri apabila berada dalam fasa ketidakstabilan bagi mencari penyelesaian masalah corak pergerakan yang kompleks seperti lakuan dalam acara lompat kijang.
Downloads
References
Araujo, D., Davids, K. (2011). What exactly is acquired during skill acquisition?. Journal of Consciousness Studies 18 (3-4): 7 – 23.
Brymer, E., & Renshaw, I. (2010). An introduction to the constraints-led approach to learning in outdoor education. Journal of Outdoor and Environmental Education, 14(2), 33-41.
Buszard, T., Reid, M., Masters, R., Farrow. (2016). Scaling the equipment and play area in children’s sport to improve motor skill acquisition: a systematic Review. Sport Medicine, 46 (6): 829 – 843. Retrieve from: https://link.springer.com/article/10.1007/s40279-015-0452-2
Davids, K., Button, C., & Bennett, S. (2008). Dynamics of skill acquisition: A constraints-led approach. Human kinetics.
D’Isanto, T., Di Domenico, F., D’Elia, F., Aliberti, S., & Esposito, G. (2021). The effectiveness of constraints-led training on skill development in football. International Journal of Human Movement, 9(6), 1344-1351.
Lindsay, R., & Spittle, M. (2024). The adaptable coach–a critical review of the practical implications for traditional and constraints-led approaches in sport coaching. International Journal of Sports Science & Coaching, 19(3), 1240-1254.
Muller, H., Ritzdorf, W. (2000). Run – Jump – Throw. The Official Guide to Teaching Athletics. IAAF Coaches’ Edification and Certification System. Munchen: IAAF.
Moir, G. (2015). Strength and conditioning: a biomechanical approach.
Newell, K. (1986). Constraints on the development of coordination. Motor development in children: Aspects of coordination and control. In: Renshaw, I., Newcombe, D., Roberts, W., Davids, K. (2019). The Constrains Led Approach: Principles for Sport Coaching and Practice Design. London: Routledge
Pill, S. (2014). Informing Game Sense Pedagogy with constraints led theory for coaching in Australian football. Sport Coaching Review, 3:1, 46 – 62, DOI: 10.1080/21640629.2014.890778
Ranjit, K. (2018). Research methodology: A step-by-step guide for beginners 3rd edition. SAGE.
Renshaw, I., Chow, J.Y. (2018). A constraint – led approach to sport and physical education pedagogy. Physical Education and Sport Pedagogy, 24:2, 103 – 116, DOI:10.1080/17408989.2018.1552676
Renshaw, I., Chow, J.Y., Davids, K., Hammond, J. (2010). A constraints-led perspective to understanding skill acquisition and game play: a basis for integration of motor learning theory and physical education praxis?. Physical Education and Sport Pedagogy, 15:2, 117 – 137, DOI: 10.1080/17408980902791586
Rhea, M.R. (2004). Determining the magnitude of treatment effects in strength training Research through the use of the effect size. Journal of Strength and Conditioning Research. 18:918-920
Roussos, T., Liosis, K., Samdanis, V., & Triantafyllopoulos, I. K. (2023). The constraints-led approach framework in training and coaching. Acta Orthopaedica Et Traumatologica Hellenica, 74(4).
Torrents, C., & Balagué, N. (2006). Dynamic systems theory and sports training. Baltic Journal of Sport and Health Sciences, 1(60).
Wilson, C., Simpson, S., Hamill, J. (2009). Movement coordination patterns in triple jump training drills. Journal of Sport Sciences, 27(3): 277-282
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Elannah Madran, Md. Safwan Samsir, Pathmanathan Suppiah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.