Pengaruh Faktor Kecergasan Fizikal Terhadap Pencapaian Pasukan Bola Sepak Bawah Lapan Belas Tahun di Sabah
DOI:
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol14.sp.09.2025Keywords:
Kecergasan Fizikal, Pencapaian, Pasukan Bola SepakAbstract
Kajian dijalankan bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kecergasan fizikal berdasarkan tahap pencapaian dalam kalangan pasukan bola sepak bagi kategori bawah 18 tahun. Bentuk kajian ini adalah expost facto yang dijalankan ke atas 216 pemain bola sepak yang berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun di negeri Sabah, yang mengambil bahagian dalam pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS). Sebanyak 24 pasukan bola sepak MSSSD menyertai pertandingan yang berformatkan karnival ini. Pencapaian pasukan dikategorikan kepada tiga iaitu pasukan layak ke separuh akhir, pasukan layak ke suku akhir dan pasukan yang hanya bermain di pusingan awal. Sebanyak lapan variabel ujian kecergasan fizikal diuji dan diukur iaitu kelajuan, ketangkasan, VO2max, daya tahan dan kekuatan otot tangan dan bahu, kuasa kaki, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot abdomen dan purata output kuasa anaerobik. Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS secara inferen, iaitu ANOVA Sehala dan regreasi pelbagai. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan bagi kesemua faktor variabel kecergasan fizikal terhadap kategori pencapaian pasukan. Keputusan analisis data menunjukkan bahawa secara signifikan terdapat kesemua variabel peramal iaitu merupakan faktor peramal kepada prestasi pasukan dengan menyumbang sebanyak 28.7 peratus nilai R2 sebanyak .287 (r = .53) dalam pencapaian pasukan [F (3,210) = 8.192, P < .05]. Kesemua variabel peramal adalah variabel yang secara signifikan membezakan kategori pencapaian pasukan. Hasil analisis fungsi diskriminan dengan menggunakan kaedah step wise mendapati dua variabel paling mendiskriminasikan kategori pencapaian pasukan secara signifikan adalah kuasa kaki dan kekuatan otot bahu dan tangan. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, adalah amat perlu kepada pembentukan asas kecergasan fizikal yang bersesuaian dengan keperluan setiap pasukan dalam permainan bola sepak. Jurulatih harus memberikan penekanan dalam membentuk program latihan bagi menghasilkan pasukan bola sepak yang berkualiti dan mantap di peringkat sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Aspek kelajuan dan ketangkasan merupakan elemen penting dalam menjamin kejayaan sesebuah pasukan bola sepak di peringkat remaja.
Downloads
References
Ahmad Hashim (2003). Dalam Panduan Ujian Kecergasan MEDSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.
Baumgartner, T. Jackson, A. (Tony), Mahar, M, & Rowe, D. (2003). Measurement forevaluation in physical education and exercise science. New York, US: McGraw Hill,Co.
Bompa, T. O., & Haff, G. G. (2009). Periodization: Theory and methodology of training. Human Kinetics Publishers.
Chalmers, S., Magarey, M. E., Esterman, A., Speechley, M., Scase, E., & Heynen, M. (2013). The relationship between pre-season fitness testing and injury in elite junior Australian football players. Journal of Science and Medicine in Sport, 16(4), 307–311. https://doi.org/10.1016/j.jsams.2012.09.005
Dellal, A., Wong, D. P., Moalla, W., & Chamari, K. (2010). Physical and technical activity of soccer players in the French First League-with special reference to their playing position. International SportMed Journal, 11(2), 278-290.
Din, A., Abd Rashid, S., & Awang, M. I. (2015). Aspek pengurusan program latihan dan kesannya terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. International Journal of Management Studies, 22(1), 73-95.
Dugdale, J. H., Arthur, C. A., Sanders, D., & Hunter, A. M. (2019). Reliability and validity of field-based fitness tests in youth soccer players. European Journal of Sport Science, 19(6), 745-756.
Greenleaf, C., Gould, D., & Dieffenbach, K. (2001). Factors influencing Olympic performance: interviews with Atlanta and Negano US Olympians. Journal of Applied Sport Psychology, 13(2), 154-184.
Morrow Jr, J. R., Mood, D., Disch, J., & Kang, M. (2015). Measurement and evaluation in human performance, 5E. Human kinetics.
Peñailillo, L., Espíldora, F., Jannas-Vela, S., Mujika, I., & Zbinden-Foncea, H. (2016). Muscle strength and speed performance in youth soccer players. Journal of Human Kinetics, 50(1), 203–210.
Reilly, T., Williams, A. M., Nevill, A. and Franks, A. (2000). A multidisciplinary approach to talent identificationin soccer. Journal of Sports Sciences,18(9), 695-702.
Sekaran. 2003. Reseach method of business; A skill- building approach ( 2ndEdition). New York: Wiley. Sekaran , U.(2003). Research methods for business: a skill buildings approach (Edisi ke-4). New York: John & Wiley.
Tabachnick,B.G., & Fidell.L.S (2007) Using multivariate statistics(5th ed). Boston. MA: Allyn & Bacon /Pearson Education .Inc.
Williams, S. J., & Kendall, L. (2007). Perceptions of elite coaches and sports scientists of the research needs for elite coaching practice. Journal of Sports Sciences, 25(14), 1577-1586.
Ziad Al Tahayneh 2003. The Effects of Coaches’ Behaviors and Burnout on The Satisfaction and Burnout of Athletes. Published PhD Dissertation, Department of Sport Management, Recreation Management and Physical Education, Florida State University.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 AWANG JASRIE AWANG MATUSIN, Hasnol Nordin, Md. Safwan Samsir

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


