KESAN DOWNSIZING TERHADAP TINGKAH LAKU KEWARGAAN ORGANISASI DAN TINGKAH LAKU KERJA TIDAK PRODUKTIF DI SEBUAH SYARIKAT MULTINASIONAL DI CYBERJAYA

IMPACT OF DOWNSIZING ON ORGANIZATION CITIZENSHIP BEHAVIOR AND UNPRODUCTIVE WORK BEHAVIORS AT A MULTINATIONAL ENTERPRISE IN CYBERJAYA

Authors

  • Nabilah Razali Fakulti Pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Sarah Waheeda Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Muhammad Hafidz Fakulti Pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

downsizing, organizational justice, organizational citizenship behavior, OCB, unproductive work behavior, CWB, emotional intelligence, EQ

Abstract

Downsizing dan penstrukturan semula organisasi adalah di antara strategi yang membenarkan organisasi untuk bergerak dengan cepat, lebih efektif serta agresif agar dapat bersaing dengan keadaan semasa.Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya downsizing, antaranya adalah faktor teknologi dan pasaran global. Downsizing adalah suatu keadaan di mana organisasi mengurangkan kakitangan dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanannya. Proses downsizing ini memberi kesan kepada setiap peringkat iaitu, organisasi, kumpulan dan individu. Kajian ini memfokuskan kepada peringkat individu dan responden adalah dalam kalangan pekerja yang terselamat dari diberhentikan. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pekerja yang terselamat tentang keadilan organisasi ekoran dari pelaksanaan proses downsizing, serta bagaimana ia memberi impak kepada prestasi kerja mereka dengan menjadikan aspek kecerdasan emosi sebagai mediator. Subjek kajian terdiri daripada 200 orang pekerja yang terselamat dari diberhentikan dari sebuah syarikat multinasional yang terletak di Cyberjaya. Syarikatini telah mengumumkan mengenai keputusan mereka untuk melaksanakan downsizing pada September 2012. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian iaitu, Profil Demografi Responden, Skala Keadilan Organisasi, Skala Kecerdasan Emosi oleh Wong dan Law, Skala Tingkah Laku Kewargaan Organisasi (OCB) dan Senarai Semak Tingkah Laku Kerja Tidak Produktif (CWB). Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan metod regresi pelbagai melalui perisian SPSS versi 20.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa keadilan organisasi, kecerdasan emosi dan OCB berada pada tahap cenderung tinggi serta berkorelasi secara signifikan di antara satu sama lain. Namun begitu didapati keadilan organisasi tidak berkorelasi secara signifikan dengan CWB. Oleh itu kesan mediator kecerdasan emosi hanya diuji di antara keadilan organisasi dan OCB, dan hasil analisis menunjukkan kecerdasan emosi adalah dasar kepada hubungan di antara keadilan organisasi dan OCB. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati aspek perbezaan individu iaitu kecerdasan emosi merupakan elemen yang mendasari hubungan di antara persepsi pekerja berkenaan keadilan organisasi dengan OCB. Diharap kajian ini dapat membuka mata pengurus, pegawai sumber manusia dan pakar perunding untuk tidak mengabaikan aspek psikologikal pekerja-pekerja di dalam melaksanakan downsizing.

Downsizing and organizational restructuring are among strategies that allow organizations to move quickly, more effectively and aggressively in order to compete with the fast changing world nowadays. There are many factors that contribute to the occurrence of downsizing, which are global technology and market factors. Downsizing refers to a situation where organizations try to improve the efficiency and effectiveness by reducing the workforce size. Research on the effects of downsizing has focused on several levels including individual, group and organization. However, this research, at the individual level, focused specifically on the effects of downsizing on the survivors of the organization. The purpose of this study was to examine how the survivors perceive the downsizing process in terms of organizational justice and how it has affected their work performance by making emotional intelligence as a mediator. A total of 200 survivors were randomly picked from a multinational company in Cyberjaya. The company has announced their decision to implement downsizing in September 2012. The study was conducted by using a questionnaire consising of five parts; the demographic profile of the respondents, Organizational Justice Scale, Wong and Law Emotional Intelligence Scale (WLEIS), Organizational Citizenship Behavior (OCB) scale and Counterwork Productive Behavior (CWB) Checklist. Data were analyzed using descriptive statistical analysis, Pearson correlation and multiple regression analysis through SPSS version 20.0. The result showed that organizational justice, emotional intelligence and OCB were considered to be at a high level and was significantly correlated with each other. However, organizational justice and emotional intelligence did not significantly correlate with CWB. Thus, the mediation effect of emotional intelligence can only be tested on organizational justice and OCB, and the analysis shows that emotional intelligenceunderlies the relationship between organizational justice and OCB. In conclusion, this research has proved that emotional intelligence is the element that underlies between the relationship of employee fairness perception towards organization and OCB. Hopefullythis study will educate managers, human resource officer and consultant to not ignore the  psychological aspects of the workers in implementing downsizing.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-10-23

How to Cite

Razali, N., Waheeda, S., & Hafidz, M. (2014). KESAN DOWNSIZING TERHADAP TINGKAH LAKU KEWARGAAN ORGANISASI DAN TINGKAH LAKU KERJA TIDAK PRODUKTIF DI SEBUAH SYARIKAT MULTINASIONAL DI CYBERJAYA: IMPACT OF DOWNSIZING ON ORGANIZATION CITIZENSHIP BEHAVIOR AND UNPRODUCTIVE WORK BEHAVIORS AT A MULTINATIONAL ENTERPRISE IN CYBERJAYA. Management Research Journal, 3, 53–70. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1464