Keterangan Lisan dan Banding Silang: Penelitian terhadap Sumber Sejarah Konflik Etnik Melayu-Cina, 1945-1955
DOI:
https://doi.org/10.37134/munsyi.vol2.2.1.2024Keywords:
Pendudukan Jepun, saksi proto, komunis, banding silang, informanAbstract
Makalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam mengenal pasti kesahihan sesuatu peristiwa. Kesemua dapatan kajian yang diperoleh perlu di banding silang dengan rekod dan data-data yang lebih berautoriti. Perbincangan artikel ini menggunakan pendekatan sejarah yang merujuk kepada sumber primer meliputi Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen sekunder yang lain. Bagi mengisi ruang kosong dalam penulisan, wawancara bersama informan terpilih telah digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa keterangan lisan dan maklumat yang diperoleh dalam menghasilkan penulisan sejarah perlu dibanding silang dengan sumber lain bagi mengukuhkan dapatan serta menghasilkan penulisan yang lebih berautoriti.
Downloads
References
Sumber Primer (Arkib Negara Malaysia dan National Archieves)
BMA PR/3/6/(S), Daily Press Summary-K.L. Vernacular Press, 13 Mac 1946.
BMA Secretariat PR/3/2-Part III, Kin Kwok Daily News, 8 Mac 1946.
CO 273/675/12, Colonial Office
CO 537/1580, Colonial Office
CO 537/1583, Colonial Office
CO 537/1583, Colonial Office
Perak Secretariat 2/46: Communal Disturbances.
WO 172/1796,War Diary
WO 172/1797, War Diary.
WO 172/9773, War Diary.
WO 203/2660, War Diary.
WO 203/4491, War Diary.
WO 203/5302, War Diary.
WO 203/5553, War Diary.
Akhbar dan Majalah
Fajar Asia, No. 7, 15 Gogatsu 2603, Tahun 1.
Majlis, 17 Februari 1947.
Majlis, 24 Februari 1947.
Majlis, 5 Mac 1947.
Mingguan Malaysia, 25 Disember 2011.
Mohamed Ali Haniffa, Januari 2017. Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi, Dewan Budaya.
Utusan Malaysia, 30 Mei 2009, hlm. 12
Utusan Melayu, 12 Mac 1946.
Sumber Sekunder
Buku dan Jurnal
Abdul Rahman Haji Abdullah, 2002. Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Burridge, Kenelm O.L., 1951. ‘Racial Relations in Johore,’ Australian Journal of Politics And History, Vol. II, No. 2, May, 163-166.
Buyong Adil, Sejarah Perak, 1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cheah Boon Kheng, 1983. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation of Malaya, 1941–1946, Singapore: Singapore University Press.
Chin Kee Onn, 1946. Malaya Upside Down, Singapore: Jitts & Co..
Hairi Abdullah, 1973/4, 1974/5, ‘Kebangkitan dan Gerakan Tentera Selendang Merah Dalam Sejarah Daerah Muar dan Batu Pahat,’ JEBAT, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bil. 3/4, 9-10.
Halimi Ibrahim, 2022. Diari Seorang Kelana, Selangor: Perusahaan Tukang Buku KM.
J.J. Raj (JR), 2007. The Struggle For Malaysian Independence, Kuala Lumpur: MPH Group Publishing Sdn. Bhd..
Paul H. Kratoska, 1997. The Japanese Occupation of Malaya 1941–1945, Honolulu: University of Hawai’I Press.
Lisa Yip Shukye, 2013. Pengantar Sejarah, Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd..
Mohd Isa Othman, 2000. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, Sdn. Bhd..
Mohamed Ali, 2023. “Pendudukan Jepun dan Peranan Agamawan Dalam Membangkitkan Kesedaran Bangsa di Tanah Melayu”, Jurnal Perspektif, Jilid 15, Bil. 1, 1-12.
Rozeman Abu Hassan, 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd..
R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd..
Siti Patonah Muashot, 2006. Penghulu, Panglima, Kiayi Salleh bin Abd. Karim, dalam Johor Mengenang Sumbangsihmu, editor, Abu Bakar A. Hamid, Md. Ismail Zamzam, Kamdi Kamil, Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.
Syed Ismail Syed Mustapa, etl. Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Victor Purcell, 1956. The Chinese In Modern Malaya, Singapore: Donald Moore, 1956.
Zaharah Nawawi, Panglima Salleh Selempang Merah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
Wawancara
Wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, 20 November 2008.
Wawancara dengan Abdullah bin Itam di No. 5, Jalan Besar, 36100, Bagan Datoh: Perak, 30 Januari 2016.
Wawancara dengan Bintang binti Osman di Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak, 29 Januari 2016.
Wawancara dengan Cikgu Samad bin Haji Salleh di Hotel New York, Johor Bahru, 22 Mei 2016.
Wawancara dengan Ibrahim bin Uda Mohd di Kampung Suak Petai, Manong, Perak, 21 November 2008.
Wawancara dengan Karim bin Petah di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 23 November 2007.
Wawancara dengan Kiah binti Umar di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 13 Disember 2007.
Wawancara dengan Siti Patonah Muashot di Persatuan Sejarah Malaysia, Batu Pahat, Johor, 22 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohd Tasin di Cheroh, Raub, Pahang, 6 Februari 2010.
Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Ghani bin Bakri di No. 170, Jalan Teluk Rhu, Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor, 26 Mac 2016.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, Perak, 20 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Kadir bin Haji Bakri di Parit 8 B, Sungai Manik, Perak, 5 Jun 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Bakri di Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang, 8 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Abdullah Halim bin Mohd Jana di Kampung Semat, Manong, Perak, 21 November 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Ali Badron bin Haji Sabor di Surau Jalan Omar, Batu Pahat, Johor, 22 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf di Kampung Parit Maimun, Batu Pahat, Johor, 19 Mac 2009.
Wawancara dengan Tuan Haji Baharuddin bin Haji Salleh di No. 13 A, Sungai Manik, Perak, 6 Jun 2008.
Wawancara dengan Tuan Haji Daud bin Sadron di Kampung Separap, Mukim IV, Batu Pahat, Johor, 23 Oktober 2012.
Wawancara dengan Tuan Haji Yahya bin Haji Abbas di Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor, 18 Februari 2010.
Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh di Johor Bahru, Johor, 8 Disember 2009/23 Oktober 2012.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Mohamed Ali Haniffa, Mohd Kasri Saidon, Zolkefli Bahador, Ishak Saat
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.