Naratif Sejarah dalam Filem : Kajian Kes kepada Filem Bukit Kepong (1981)
DOI:
https://doi.org/10.37134/munsyi.vol3.2.3.2025Keywords:
Bukit Kepong, Filem, Komunis, Naratif, SejarahAbstract
Filem Bukit Kepong menggabungkan unsur sejarah dan seni. Kajian ini membandingkan naratif sejarah dalam filem Bukit Kepong (1981) dengan naratif yang berasaskan kepada sumber primer dalam sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber yang terdapat di dalam koleksi Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan filem Bukit Kepong yang terdapat di atas talian. Kajian ini mendapati bahawa filem Bukit Kepong tidak sepenuhnya menghidangkan maklumat sejarah seperti yang terdapat sumber primer kerana ia lebih memfokuskan kepada elemen dramatik dan heroisme untuk menarik emosi penonton. Beberapa aspek penting dalam sejarah seperti strategi dan motivasi komunis serta kesan jangka panjang serangan kurang diberikan penekanan di dalam filem. Kajian juga mendapati bahawa filem berfungsi sebagai medium untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan penonton dan tidak menekankan kepada aspek rekonstruksi sejarah yang berasakan ketepatan fakta. Kajian ini mendapati bahawa titik keseimbangan di antara elemen seni dan ketepatan sejarah perlu diberi perhatian kerana filem mempunyai kesan yang besar dalam khalayak. Penceritaan sejarah di dalam filem perlu tepat walaupun ia tidak menghidangkan keseluruhan maklumat sejarah yang berkaitan. Ketepatan maklumat adalah perkara yang paling penting untuk diberika perhatian kerana filem yang mengandungi unsur sedemikian akan menyebabkan khalayak salah faham berkenaan sejarah negara. Bagaimanapun, penghasilan filem berasaskan sejarah adalah usaha murni yang perlu dihargai kerana ia menjana minat terhadap sejarah itu sendiri.
Downloads
References
2005/0003483W Attack on Bukit Kepong Police Station 23 Februari 1950
Amy Ikram, 2017. Gugurnya Pejuang Seni Sejati…, https://www.finas.gov.my/gugurnya-pejuang-seni-sejati-bergemelapan-terang-hilang-serinya-tan-sri-datuk-dr-jins-shamsuddin-ikon-perfileman-tersohor/
Badrul Kamal Zakaria, 2017 Kesan Tragedi Masih dirasai Pelakon Bukit Kepong.Berita Harian, Diakses pada 23 Januari 2025. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/262341/kesan-tragedi-masih-dirasai-pelakon-bukit-kepong
Black Hawk Down, diarahkan oleh Ridley Scott (2001; Los Angeles: Columbia Pictures), Diakses pada 9 Januari 2025, https://www.imdb.com/title/tt0265086/
Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak, "Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel," Akademika 89 (Isu Khas) (2019): hlm. 5-14, https://journalarticle.ukm.my/14988/1/31232-100756-1- PB.pdf. Kassim Thukiman, Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif (Penerbit UTM Press, 2011).
Kassim Thukiman, Yahaya Abu Bakar, and Mahmud Embong, Menelusuri Sejarah Tempatan Johor (Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, 2001).
Lee, N., (2016). On Yao S, [Review of The Malayan Emergency: Essays on a Small Distant War]. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 89(2 (311)), 165–168. https://www.jstor.org/stable/26527773
Lone Survivor, diarahkan oleh Peter Berg (2013; Los Angeles: Universal Pictures), Diakses pada 9 Januari 2025, https://www.imdb.com/title/tt1091191/
Mastrotv, "Bukit Kepong", Internet Archive, 8 Februari 2021, 1:48:03, Diakses pada 25 Disember 2024, https://archive.org/details/bukit-kepong-2015-esub.-hd.-720p-kt
Ridzuan Abdul Rahman, "Memori filem Bukit Kepong," Harian Metro, 21 Ogos 2021, Diakses pada 23 Julai 2024. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745010/memori-filem-bukit-kepong.
Rosnaini Mahmud & Mohd ARif Ismail, 2003. The Value of Bukit Kepong as an Educational Film: A Research. The Turkish Online Journal of Educational Technology – TOJET , 2(2), https://www.tojet.net/articles/v2i2/227.pdf
Save Bukit Kepong Operation, Finas, 12 September 2015, Diakses pada 23 Januari 2025. https://www.finas.gov.my/en/save-bukit-kepong-operation/. 19
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Amir Imran Rohaizat

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


