Editorial
DOI:
https://doi.org/10.37134/munsyi.vol3.1.7.2025Abstract
Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah keluaran Jun 2025 menerbitkan enam artikel dalam tema sejarah lokal dan sejarah ekonomi. Pihak jurnal percaya bahawa semua artikel dalam keluaran ini mempunyai maklumat sejarah baharu yang menarik untuk semua peminat sejarah. Keluaran kali ini menerbitkan artikel berkenaan tiga tokoh dari tiga bidang berbeza iaitu ketenteraaan, kraf dan politik. Mereka menyumbang jasa yang besar dan tidak ternilai kepada negara. Tiga tokoh berkenaan adalah Micheal Riman anak Bugat (1952-2023), Mohd Ariffin bin Wook (1949-Kini) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, 1909-1991). Selain itu, sejarah PERKIM sebagai salah sebuah persatuan yang signifikan dalam sejarah dakwah di Malaysia juga dimuatkan dalam keluaran ini. Dua artikel berkenaan ekonomi menyentuh kesan kemelesetan sepanjang 1929-1939 dan kawalan inflasi di Malaysia pada 1980-1990. Jelasnya semua artikel ini mengulas sejarah Malaysia dalam tempoh yang berbeza.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nazirah Lee

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


