Pembangunan tanah Felcra di Perak, 1970-1995

Authors

  • Mohammad Ariff Mohd Noor Sekolah Kebangsaan Sg. Paku, Kapit, Sarawak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/munsyi.vol3.2.4.2025

Keywords:

FELCRA, Masyarakat Luar Bandar, Perak, Pembangunan Tanah, Sosioekonomi

Abstract

Makalah ini mengkaji sejarah perkembangan rancangan tanah FELCRA di Perak mulai 1970-1995. Ia turut membincangkan program pembangunan tanah yang dijalankan oleh FELCRA di negeri berkenaan. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah dengan pendekatan kualitatif yang melibatkan empat peringkat penyelidikan, iaitu heuristik, kritik sumber, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber primer diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, serta Hansard Parlimen Malaysia yang diakses melalui laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa FELCRA memainkan peranan penting dalam pembangunan tanah luar bandar di Perak melalui pelaksanaan beberapa program utama seperti pemulihan tanah, Rancangan Tanah Pinggir, Rancangan Tanah Belia dan Projek Penyusunan Semula Kampung-Kampung (PPSK). Pelaksanaan program-program ini telah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar, khususnya kaum Melayu, dari segi ekonomi dan sosial. Selain memperkukuh ekonomi peserta melalui aktiviti pertanian yang lebih terancang, pembangunan yang dilaksanakan turut membawa kepada perkembangan sosial seperti penyediaan kemudahan pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta penambahbaikan sistem perhubungan dan komunikasi.Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai keterbatasan kerana hanya memfokuskan kepada tempoh masa dan program tertentu, tanpa membincangkan program lain yang dilaksanakan oleh FELCRA di Perak seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) dan Pembangunan Kampung Secara In-Situ. Oleh itu, kajian lanjutan dicadangkan bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang peranan FELCRA dalam pembangunan sosioekonomi luar bandar di negeri Perak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Aziz Abdul Rahman.Economic Reforms and Agricultural Development in Malaysia, Asean Economic Bulletin April, 1998) 59 – 76.

Abdul Rahman Abdul Aziz, Pembangunan 1960-an: daripada kata-kata Tun Abdul Razak Hussein, (Kuala Lumpur: ITBM)

Bushra Yusof, Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia: Dasar Ekonomi, (Kuala Lumpur: A. S. Noordeen, 1993

Dewan Rakyat. Parlimen Keempat, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama. 1 November 1977 https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01111977.pdf. 10 Januari 2021

Dewan Rakyat. Parlimen Kelapan, Penggal Pertama, Mesyuarat Kedua. 6 Mei 1992 https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-06051992.pdf. 10 Januari 2021

Dewan Rakyat. Parlimen Ketujuh, Penggal Keempat. Mesyuarat Pertama. 6 Mac 1990 https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-06031990.pdf. 10 Januari 2021

FELCRA, 2015, Misi, Visi, Objektif & Teras Kumpulan Hal Ehwal Peserta, diakses di https://epeserta.felcra.com.my/sepintas-lalu/visi-misi-objektif-khep, 18 Januari 2021.

FELCRA, Berita Harian, 21 September 1964.

Hafiz Majid, FELCRA: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan, (Kuala Lumpur: Pixel Fuse, 2009)

Maimunah Ismail, Pengembangan Implikasi Ke Atas Pembangunan Masyarakat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989)

Main Rindam, Tanah Terbiar: Masalah dan penyelesaiannya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994)

Majalah FELCRA: The Land Consolidation and Rehabilitation, (Ibu Pejabat FELCRA, Kuala Lumpur, 1988),

Mini Estet Berkelompok, Titian Mesra, 1 Mei 1995.

Mohd Shukri Haji Abdullah, Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992)

Pejabat FELCRA Wilayah Perak

Peserta PPRT Jadi Peneroka, Titian Mesra, Februari 1995

Ramli Cetus Idea Saham Untuk Rakyat Termiskin, Titian Mesra, 1 Mei 1995.

Rokiah Talib, Land Development: Strategy for Change, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 94.

Shamsul Bahrin, Kemajuan Tanah dan Penempatan Semula di Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011)

Sulong Mohamad dan Katiman Rostam, Pembangunan Tanah di Malaysia, (Kuala Lumpur: , Federal Land Development Authority (FELDA).2007)

Temubual En. Radzi B. Ali. FELCRA Changkat Lada Seberang Perak. Penolong Pembantu Ladang FELCRA Changkat Lada. FELCRA Seberang Perak Berhad. 17 Disember 2020.

Temubual. En. Mohd Isa Bin Abu Bakar di Pejabat FELCRA Wilayah Perak. Ketua Unit Perancang Tanam Semula. 23 Disember 2020

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Mohd Noor, M. A. (2025). Pembangunan tanah Felcra di Perak, 1970-1995. Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah , 3(2), 56-68. https://doi.org/10.37134/munsyi.vol3.2.4.2025