Pemerkasaan Islam Sosial dalam Konteks Peradaban Semasa

Authors

  • Mohamad Abu Bakar Kerusi Tun Razak, Ohio University

DOI:

https://doi.org/10.37134/munsyi.vol1.2.1.2023

Keywords:

Pemerkasaan, Peradaban, Islam Sosial, Ketamadunan, Malaysia Madani

Abstract

Islam sebagai agama, cara hidup dan peradaban dewasa ini sedang menerima tekanan daripada berbagai penjuru. Perkembangannya yang meluas dan merata telah membawa kepada pertembungan dalam berbagai keadaan dan di berbagai peringkat. Situasi ini menjadi sebahagian daripada landskap global semasa. Islamophobia, kebencian atau kemarahan terhadap Islam, yang dijelmakan dalam berbagai ragam, merupakan di antara ciri-ciri utamanya.

Paling ketara dalam pertembungan ini ialah penolakan dan penentangan terhadap Islam dalam politik, atau political Islam. Percubaan menempatkan Syariah dalam pemerintahan dan pentadbiran, termasuk di negara berpendudukan majoriti Muslim, seringkali mewujudkan ketegangan, kadangkala pertumpahan darah. Islam yang cuba direalisasikan pada skala kecil pun, menerusi ibadat khusus seperti sembahyang, atau pemakaian, tidak terlepas daripada serangan. Masjid menjadi sasaran, dan wanita yang bertudung dan berjilbab menjadi mangsa kecaman.

Islam di peringkat individu, dalam situasi dan kondisi tradisionalnya, juga jauh sekali daripada merupakan suatu kenyataan yang berimpak, apabila anggota ummah sekadar tertumpu di masjid dan surau, untuk beribadat, atau kunjung mengunjungi pada musim raya atau bantu membantu semasa dharurat. Komitmen dan kegiatan berkala dalam “privatized Islam” ini hanya mengekalkan konservatisme yang sedia wujud, dan tidak memberi kesan bermakna dan berpanjangan ke atas persekitaran besar. Amalan sufisme yang meuncul di sana sini hanya mampu mengekalkan nilai-nilai agama menerusi perkumpuan tariqat, tetapi ia umumnya tidak menjalar jauh ke dalam tubuh masyarakat besar.   

Peradaban Islam yang berpotensi terbugar dalam persekitaran Islam sebagai agama dan cara hidup sudah pasti berdepan dengan konstrain atau kekangan. Nilai-nilai keagamaan hanya mampu menyusup dan menyerap dengan aktif dalam situasi anggota ummah berkedudukan dan berupaya menghayati tuntutan keagamaan dalam semua segi kehidupan. Ternyata di mana-mana, hatta di negara Muslim di mana Islam sudah sedia bertapak ratusan tahun, suasana ini tidak kedapatan. Tambahan pula pembawaan dan pengamalan para penganut sendiri adalah begitu lemah, sehingga Islam sebagai budaya dan tamadun tidak langsong menyerlah.  Dalam keadaannya sedemikian, ia kehilangan kedinamikan, ia itu faktor yang membolehnya berdaya saing dan berdaya juang dalam persekitaran yang menyelubunginya. ‘Civilizational Make-up’ atau ‘Gubahan Ketamadunan’ sebagai natijah daripada keberadaan Islam itu tidak muncul.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Makalah ini merupakan ucapatama yang disampaikan di Persidangan Kebangsaan Sejarah & Budaya Masyarakat Madani 23 (Persada-23), anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 9-10 November 2023 di Auditorium Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI

Downloads

Published

2023-12-30

How to Cite

Abu Bakar, M. (2023). Pemerkasaan Islam Sosial dalam Konteks Peradaban Semasa. Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah, 1(2), 1–8. https://doi.org/10.37134/munsyi.vol1.2.1.2023