Sejarah tingkatan empat dengan pendekatan Lesson Study reflektif
DOI:
https://doi.org/10.37134/munsyi.vol1.2.2.2023Keywords:
Lesson Study, Open Class Research, kolaborasi, pengajaran, pembelajaranAbstract
Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan Lesson Study Reflektif bagi subjek Sejarah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang merangkumi proses merancang pengajaran, melaksanakan pembelajaran, dan refleksi berkumpulan. Ini termasuk juga butiran tentang mesyuarat sebelum dan selepas Lesson Study yang diadakan, perancangan serta pengimplementasian Open Class Research. Para guru yang terlibat ditemu bual untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap pendekatan pembelajaran yang dijalankan selama hampir empat bulan. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan terhadap murid-murid yang terlibat dan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk mendapatkan maklumat. Tujuan pengaplikasian dan merekodkan Lesson Study Reflektif adalah untuk menyebarkan amalan kerjasama guru dari proses perancangan sehinggalah kepada penghasilan rekod bertulis yang dapat membantu mereka dan para pendidik yang lain untuk dijadikan sebagai sumber yang membantu pengajaran mereka. Di samping itu, laporan Lesson Study Reflektif ini juga dapat menjadi rangka kerja sokongan untuk menjalankan Lesson Study yang baharu dan juga kajian pendidikan yang lain. Hasil pelaksananaan pendekatan ini menunjukkan bahawa kolaborasi antara guru dalam melaksanakan Lesson Study Reflektif dapat membawa kepada pelbagai aktiviti pengajaran yang berbeza yang dapat meningkatkan pemahaman murid. Aktiviti yang dipilih sepanjang melaksanakan sembilan waktu PdPc dalam bab ini juga didapati bersesuaian dengan tahap kebolehan murid serta dapat membuatkan mereka menumpukan perhatian yang lebih dalam kelas. Refleksi berkumpulan yang dijalankan bersama-sama dengan guru pemerhati bagi Open Class Research membantu guru membincangkan masalah-masalah pembelajaran dengan adanya perkongsian maklumat dan cadangan. Penulisan ini diharap dapat membantu para guru, pihak pentadbir, ibu-bapa serta orang awam mendapatkan gambaran sebenar proses pembelajaran di dalam kelas dan membuka ruang bagi pemerkasaan pengajaran subjek sejarah di Malaysia.
Downloads
References
Austin, L. (2017). Leading the Introduction and Development of Lesson and Learning Study in an English Secondary Academy. International Journal for Lesson and Learning Studies 6 (1): 80–96. doi:10.1108/IJLLS-10-2016-0036.
Albario, M., Guzman, M., Eugenio, H. A., Mendoza, J. P. (2014). Lesson Study: Physics- Specific Heat Capasity.
Calleja, J. (2017). Lesson Study Report: Making mathematical connections. Msida, Malta.
Dudley, P. (2014) Lesson Study: A Handbook. Lesson Study: a handbook lessonstudy.co.uk diakses daripada https://lessonstudy.co.uk/wp-content/uploads/2012/03/new-handbook-revisedMay14.pdf
Dudley, P. (2011) Lesson Study: what it is, how and why it works and who is using it. Diakses daripada https://lessonstudy.co.uk/wp-content/uploads/2012/03/Lesson_Study_Handbook_-_011011-1.pdf
Hird, M., Larson, R., Okubo, Y., & Uchino, K. (2014). Lesson Study and Lesson Sharing: An Appealing Marriage. Creative Education, 5, 769-779.
Kishino, M. (2021). The Process and Organization of Long Span Reflective Lesson Study. Department of Professional Development of Teachers, Fukui: University of Fukui.
Lewis, C., & Tsuchida, I. (1997) Planned educational change in Japan: The Case of Elementary Science Instruction. Journal of Educational Policy, 12(5),313-331.
Moonsri, A., & Pattanajak, A. (2013) Lesson Planning in Primary School Using Lesson Study and Open Approach. Psychology, 4(12), 1064-1068.
Robers, M. (2010). Lesson Study: Professional Development and Its Impact on Science Teacher Self-Efficiency. Ph.D. Dissertation. New York: Colombia University.
Wolthuis, F., Veen, K. V., Vries, S. D., & Hubers, M. D. (2020). Between lethal dan local adaption: Lesson Study as an organizational routine. International Journal of Education Research. International Journal of Educational Research 100, Article 101534. https://doi.org/10.1016/j.ijer.2020.101534
TEMUBUAL
Santiya Parthippen. 2022. Kogilah Suppiah, 35 tahun. 20 Jun 2023.
Santiya Parthippen. 2022. Mohamad Khaidir M. Noor, 40 tahun. 20 Jun 2023.
Santiya Parthippen. 2022. Muhammad Zafrullah bin Sahudin, 35 tahun. 20 Jun 2023.
Santiya Parthippen. 2022. Tuan Rahayu bt. Tuan Lasan, 42 tahun. 20 Jun 2023.
Santiya Parthippen. 2022. Yogeswari Supramanian, 51 tahun. 20 Jun 2023.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Santiya Parthippen
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.