Bahasa dan nilai simpati dalam lagu melayu tempatan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.11.2025Keywords:
Bahasa, nilai simpati, lagu Melayu, pemikiran, hipotesis Sapir-SwortAbstract
Lagu Melayu tempatan bukan sahaja berperanan sebagai hiburan, tetapi juga sebagai medium penyampaian mesej sosial dan nilai kemanusiaan, termasuk nilai simpati. Namun, pengaruh globalisasi dan perubahan dalam gaya penyampaian menyebabkan nilai-nilai ini semakin kurang diketengahkan dalam lirik lagu moden. Kajian ini akan mengenal pasti unsur nilai simpati dalam lirik lagu Melayu tempatan dan menganalisis unsur nilai simpati dalam lirik lagu Melayu tempatan dengan menggunakan Hipotesis Sapir-Whorf. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan untuk menghuraikan data. Data dikumpulkan daripada lirik lagu-lagu Melayu tempatan yang mengandungi unsur nilai simpati. Pemilihan sampel lagu dilakukan secara bertujuan. Kajian ini penting kerana ia membongkar bagaimana bahasa dalam lagu Melayu tempatan berperanan sebagai medium penyampaian nilai simpati yang mampu mempengaruhi pemikiran dan emosi pendengar. Hasil kajian memperlihatkan bagaimana lirik lagu mencerminkan budaya, nilai kemanusiaan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada pengkayaan ilmu dalam bidang linguistik dan sosiobudaya, malah memberikan perspektif baharu tentang peranan seni muzik dalam membentuk kesedaran sosial dan nilai murni dalam kalangan masyarakat.
Downloads
References
Ahmad Wafi Yunus dan Siti Zubaidah Raja Mhd Shahnuddin (2023). Penulisan lirik lagu Malique: Satu analisis retorik moden. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 15-25.
Arief Ersyandi, Hermandra, MHD Berly, dan Nanda Rizka Pratama (2024). Makna leksikal dalam lirik lagu Alif Cepmek dengan Judul “CEPMEK” (Cepat Mencintai Kamu). IJEDR: Indonesian Journal of Education and Development Research, 2(1), 78-83.
Farra Humairah Mohd et al (2019). Falsafah, bahasa dan pemikiran Melayu dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau” dan “Burung Kenek-Kenek”. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2(6), 14-26.
Masitah Mad Daud, Zulkifley Hamid, Nirwana Sudirman dan Nik Zulaiha Zakaria (2017). Perenggu minda melayu dalam lirik lagu: satu analisis makna. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities. 12(3), 2-12.
Mohd Firdaus Che Yaacob. (2015). Seuntai nilai-nilai murni dalam himpunan 366 cerita rakyat di Malaysia. Tesis Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah dan Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita lisan: Satu penelitian takmilah: PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 11-25.
Muhammad Bazli Mahmood, Wan Norhaizar Harun, Sharifah Anis Zarith Syed Dziauddin dan Nur Adila Hakimi (2023). Percampuran kod bahasa dalam lagu: Satu kajian kualitatif terhadap lirik lagu raya terpilih. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI). 5(92), 157-168.
Nazri Atoh dan Zubir Idris (2013). Simile sebagai kesantunan berbahasa dalam Syair Siti Zubaidah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 4, 78 - 95.
Nik Aziz Nik Pa. (1990). Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Penerbit Federal Berhad.
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa. (2016). Kepelbagaian makna leksikal dalam iklan produk kecantikan: Jurnal Pertanika MAHAWANGSA, 3(1), 25-36.
Norfaizal Jamain dan Ahmad Sabri Abdul Samad (2024, Mac 5), Kuasa Bahasa Dalam Penciptaan Lagu. Rencana: https://malaysiagazette.com/2024/03/05/kuasa-bahasa-dalam-penciptaan-lagu/
Nur Hastuti dan Shaila Fakhliza. (2025). Nilai-nilai patriotisme pada lirik lagu Los! Los! Los! Karya Hotaru Kajian Semiotika Riffaterre, KIRYOKU, 9(1), 251-267.
Waemasna Waeyusoh dan Yusniza Yaakub. (2023). Konotatif, afektif dan reflektif memanifestasikan kebijakan akal budi Melayu Patani. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 155–176.
Wong Shia Hoo (2020) Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: Analisis semantik inkuisitif. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(1), 98-114.
Zul Hanis Yop Othman dan Che Ibrahim Salleh (2023). Bahasa dan pemikiran dalam dikir barat. Jurnal Sains Sosial. Jilid. 8(1), 55-63.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nabillah Bolhassan, Zul Hanis Yop Othman

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


