Analisis kandungan bahan bacaan untuk pembelajaran Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.13.2025Keywords:
Bahan bacaan, kemahiran asas membaca, analisis kandungan, prasekolahAbstract
Masalah penguasaan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid pada peringkat prasekolah telah memberi kesan kepada peningkatan murid pemulihan di sekolah rendah terutamanya murid tahun satu. Bagi mengatasi masalah ini, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan empat bahan bacaan yang berbentuk buku yang diguna pakai oleh guru untuk pembelajaran kemahiran membaca pada peringkat prasekolah. Bahan bacaan berbentuk buku merupakan antara sumber bahan yang utama kepada guru bagi pembelajaran kemahiran asas membaca bahasa Melayu pada peringkat prasekolah. Namun, tidak semua bahan bacaan yang dihasilkan mempunyai kandungan yang tepat dan sesuai untuk pembelajaran kemahiran asas membaca bahasa Melayu. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah analisis kandungan dengan mengadaptasikan Model Analisis Kandungan (Mohammad Rahim Mohammed Abdul Rahman, 2000) yang mempunyai enam elemen, iaitu ketepatan kandungan, kesesuaian dan kejelasan bahasa, reka bentuk ilustrasi, fizikal buku, persembahan dan latihan dan aktiviti. Hasil analisis mendapati terdapat bahan bacaan mempunyai susunan kandungan bahan yang tidak mengikut kurikulum dan mempunyai kesalahan daripada aspek bahasa. Implikasi kajian ini penting untuk guru mengetahui kriteria pemilihan bahan bacaan yang menepati kandungan kurikulum dan aspek penggunaan bahasa yang betul agar dapat membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca yang berkualiti khususnya pada peringkat prasekolah. Kajian-kajian berkaitan bahan bacaan perlulah diperbanyak supaya guru-guru mempunyai pengetahuan dalam memilih bahan bacaan yang bersesuaian dan praktikal bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berimpak kepada murid. Selain itu, kajian seperti ini juga secara tidak langsung membantu para penulis buku dalam merancang, menyusun dan menghasilkan bahan yang lebih berkualiti dan praktikal bagi pembelajaran kemahiran asas membaca untuk diguna pakai semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Downloads
References
Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid PROBIM. Jurnal PendidikanBahasa Melayu, 2(2), 46-53.
Adenan Ayob. (2018). Pedagogy and multimedia intergration system model for writing. Internasional Journal of Management and Business Research, 8(2), 181-188.
Aisah Noh & Roslinda Rosli. (2020). Kandungan ilustrasi pecahan di dalam buku teks matematik tahun 5 KSSR. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 231-236.
Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 16-29.
Arulmozhi Narayanasamy & Anis Norma Mohamad Jaafar. (2024). Evaluasi keberkesanan modul pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu dalam pendidikan prasekolah. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 1(1), 265-273.
Ayunda Sayyidatul Ifadah & Umi Masturoh. (2024). Analisis buku saat kegiatan metode read aloud. Journal of Islamic Education for Early Childhood (JIEEC), 6(1), 1-8. http://dx.doi.org/10.30587/jieec.v6i1.6924.
Bahagian Buku Teks KPM. (2002). Panduan penulisan buku teks KBSM kegunaan mulai 2004: Bahasa Arab tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bernama. (2024, September 9). 122, 062 murid tahun satu ikuti program intervensi literasi dan numerasi. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/am/news.php/news.php?id=2338420.
Creswell, J. W. (2009). Mapping the field of mixed methods research. Journal of Mixed Methods Research, 3(2), 95-108. https://psycnet.apa.org/doi/10.1177/1558689808330883.
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research methods in education. Routledge.
Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad & Saifulazry Mokhtar. (2020). Analisis kandungan kemahiran bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia. PENDETA Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 11(1), 46-67.
Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@Bahari. (2019). Modul membaca awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori psikolinguistik kognitif dan aplikasi kaedah belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 45-58. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01
Hamedi Mohd Adnan. (2007). Mencari ciri-ciri buku teks terbaik. Prosiding Kolokium Buku Teks: Aspek Teknikal Penerbitan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hayati Baharudin & Abdul Halim Masnan. (2022). Children's reading game module using android technology applications. Nova Science Publisher.
Hoven, J., & Garelick, B. (2007). Singapore math: Simple or complex? Educational Leadership, 65(3), 28-3.
Mahzan Arshad & Chee S. C. (2018). Penilaian semula pengajaran dan pembelajaran dalam pembacaan awal: Revaluation of teaching and learning in early skills reading. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6, 79-86. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.sp.6.
Marmi Mariana Zakaria & Dahlia Janan. (2022). Penggunaan buku teks dan penerimaan ilustrasi dalam kalangan guru dan murid: Pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Journal of Research, Policy & Practice ofTeachers and Teacher Education, 12(1), 80–98. https://doi.org/10.37134/jrpptte. vol12.1.6.
Mizan Kamalina Assin. (2013). Amalan penggunaan modul pengajaran interaktif berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tesis sarjana tidak diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohammad Rahim Mohammed Abdul Rahman. (2000). Persepsi guru terhadap buku teks Pendidikan Islam KBSR. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020). Penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 6(2),1-11.
Nur Afiqah Azhar & Roslinda Rosli. (2021). Analisis kandungan topik tambah dan tolak dalam buku teks matematik tahap 1 sekolah kebangsaan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 394-405.
Nurul Mardhati Salahuddin & Roslinda Rosli. (2023). Analisis kandungan topik ruang bagi mata pelajaran matematik tahun empat sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 13(1), 31-51. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.1.4.2023.
Roslin Francis & Adenan Ayob. (2019). Pembangunan modul baca-tulis digital bahasa Melayu untuk murid-murid prasekolah dengan pendekatan model ADDIE. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia (JPHUM), 2(2), 20-40.
Singh, P. S. A., Yusoff, N. M., & Teoh, S.H. (2020). Content analysis of primary school mathematics textbooks and its relationship with pupils achievement. Asian Journal of University Education (AJUE), 16(2), 15 -25. https://doi.org/10.24191/ajue.v16i2.10286
Thang Yin Fong. (2022). Pembangunan dan penilaian modul bacaan awal menggunakan kaedah fonik Bahasa Melayu di prasekolah aliran Cina. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tuzana Mohamad. (2014). Keberkesanan modul bacaan bergred bagi membantu murid linus tegar dalam kemahiran membaca KVKV. [Tesis]. Universiti Sains Malaysia.
Wan Mohamad Wan Muda. (1998). Seminar penulisan dan penilaian buku-buku teks. Biro Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yulianeta, Vismaia S. Damaianti, Dewi Prajnaparamitha Amandangi & Inggri Dwi Rahesi. (2020). Read aloud training module: Research and development to improve literacy. 4th International Conference on Language, Literature, Culture, and Education (ICOLLITE 2020). 509, 823-829.
Zaharah Hussin. (2008). Pembinaan kandungan kurikulum pendidikan akhlak untuk latihan perguruan Pendidikan Islam. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Hidayah Rashidi, Nurul Haniza Samsudin, Nur Yuhanis Mohd Nasir

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


