Analisis tahap dan faktor penerimaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar UIAM, kampus Pagoh
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.14.2025Keywords:
tulisan jawi, penerimaan, faktor, tahap, pelajarAbstract
Dalam mengharungi arus pemodenan, tahap penerimaan tulisan Jawi iaitu tingkah laku untuk menerima, menggunakan serta tindak balas seseorang terhadap tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat terutama pelajar universiti semakin berkurang. Hal ini demikian kerana faktor seperti demografi, penggunaan tulisan Jawi yang dikhususkan kepada pembelajaran agama serta penguatkuasaan Akta Bahasa Melayu 1963 menjadikan tulisan Jawi semakin dipinggirkan. Kesannya, semakin ramai pelajar tidak menerima penggunaan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian sehingga menjadikan kedudukan tulisan Jawi semakin membimbangkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap dan faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar UIAMKP serta menghuraikan faktor tahap penerimaan tulisan Jawi. Kajian ini mengaplikasikan kajian gabungan, iaitu penggabungan kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menggunakan borang soal selidik dalam talian yang diedarkan kepada 108 orang pelajar bagi mengumpul data kuantitatif serta menemu bual lima orang responden bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian mendapati tahap penerimaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar menunjukkan tahap yang tinggi dengan nilai purata min sebanyak 4.509. Pengkaji berjaya menyenaraikan serta menghuraikan lima faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan Jawi dalam kalangan pelajar, iaitu faktor penempatan, latar belakang pendidikan, minat, penggunaan tulisan Rumi dan teknologi dan modenisasi. Kajian ini juga mendapati faktor latar belakang pendidikan dan minat menjadi faktor tertinggi manakala faktor teknologi dan modenisasi menjadi faktor terendah yang mempengaruhi tahap penerimaan tulisan Jawi.
Downloads
References
Aminnudin Saimon dan Nurul Hidayah Takmad. (2023). Persepsi Mahasiswa Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM Terhadap Tulisan Jawi: LSP International Journal, 10(1), 103-122.
Azura Halid. (2023, December 23). [KOLUMNIS] Kisah Jawi: Anak tiri atau anak jati? Astro Awani. Retrieved May 10, 2024, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-kisah-jawi-anak-tiriatau-anak-jati-451069.
Diana Amalia, Lydia Felycia Tamara, Dyandra Prita Maharani, dan Febriana Indah Syahputri. (2024). Penerimaan Netizen Terhadap Citra Tokoh Politik Ganjar Pranowo dalam Tayangan Adzan di Televisi pada Media Sosial Tiktok. Nusantara: Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial, 11(1), 263-276.
Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Romzi Ationg, Muhammad Safuan Yusoff, dan Mohamad Basri Jamal (2021) Isu pengenalan tulisan jawi dan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dari sudut pandang mahasiswa. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. 235-255.
Marzni Mohamad Mohd Mazhan Tamyis, Zahari Suppian, dan Nor Hasnida Che Md. Ghazali. (2021). Bidang Jawi dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah: Satu Analisis Literatur. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 48-64.
Mohamed Farid Noh. (2020, January 8). Johor cadang guna borang nikah tulisan Jawi sepenuhnya. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/644770/johor-cadangguna- borang-nikah-tulisan -jawi-sepenuhnya
Mohd Saifun Aznin Mohd Sharif, Mior Muhammad Saiful Nizam Mohd Saali, Kamarudin, M. F., Esrati, M. Z., dan Kamarulzaman, M. H. (2024). Tahap Penguasaan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(1), 274-283.
Nazatul Nadia Ahmad Ismail, dan Harun Baharudin. (2023). Pengetahuan Jawi Bagi Kata Pinjaman Inggeris dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Faktor yang Mempengaruhinya Jawi. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(3), 22-38.
Noorain Syahirah Mohd Pazli, dan Aminnudin Saimon. (2022) Tahap penguasaan tulisan Jawi: tinjauan terhadap golongan muda, pertengahan dan warga emas. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1), 128-137.
Nor Asma Muhamat Laila. (2022). UPSI tawar kursus pengajian minor Jawi, lahir graduan berkebolehan dalam bidang jawi. Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/upsi-tawar-kursuspengajianminor-jawi-lahir-graduan-berkebolehan-dalam-bidang-jawi#google_vignette
Nor Fadzilah Md. Yusof, Wan Hashridz Rizal Wan Abu Bakar, Nur Aulia Fahada Misaridin, dan Mohd Khairull Abd Ghani. (2021). Penerimaan Jawi: Hubungan di antara Faktor Demografi dan Tahap Penerimaan Jawi. Qawwam: The Leader's Writing, 2(2), 165-169.
Norahida Mohamed, Azlina Abdullah Hasim, Safiah Abd Razak, dan Aida Farkhana Ahmad Puhad. (2021). Polemik Tulisan Jawi Di Malaysia: Kajian Terhadap Penerimaan Masyarakat Cina. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6(41), 190 - 194.
Noraziah Mohd Amin, dan Noor Azam Abdul Rahman. (2019). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan. Sains Insani, 4(1), 7-14.
Norhashimah Yahya dan Syed Hadzrullatfi Syed Omar. (2019). Konsep Penerimaan Menurut Al-Ghazali dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 2, 39-46.
Normarina Abd Rahman, Siti Eshah Mokshein, dan Hishamuddin Ahmad. (2021). Kerangka Konseptual Bagi Pengukuran Tahap Kemahiran Proses Matematik Murid. BITARA: International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 168-181.
Osman Affandi. (2022, August 8). Sejarah dan Evolusi Tulisan Jawi di Tanah Melayu. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/tulisan-jawi-sejarah-evolusi-danperkembangannya-di-tanah-melayu.html
Pareeda Hayeeteh, Shahidi, A. H., dan Rahim Aman. (2020). Penerimaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti Rajabhat Yala (YRU): Thailand.
Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Kadir, Firdaus Khiri Abdul Kadir, dan Huda Afiqah Hashim. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini. BITARA: International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 2(1), 29-37.
Siti Nurul Izza Hashim., Roziah Sidik @ Mat Sidek, dan Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (2021). Tulisan Jawi Pelopor Keilmuan di Alam Melayu: satu kajian awal. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 32(2), 19-34.
Zurina Abdullah dan Adi Yusran Abdul Aziz. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan: The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 244-255.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Muhammad Zakur Ashar, Aminnudin saimon

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


