Tahap pengetahuan Bahasa Mendriq dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.15.2025Keywords:
kaum Mendriq, bahasa Mendriq, pelajar, tahap pengetahuan, Kg. Kuala LahAbstract
Komuniti Orang Asli merupakan antara golongan minoriti di Malaysia termasuklah bagi suku kaum Mendriq di Gua Musang, Kelantan. Fenomena seperti kepupusan bahasa boleh berlaku sekiranya jumlah penutur sesuatu bahasa mengalami penurunan yang ketara. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti leksikal dalam bahasa Mendriq dan menganalisis tahap pengetahuan bahasa Mendriq dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang melibatkan instrumen kajian seperti kaedah temu bual dan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 10 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah mempunyai pengetahuan yang agak baik dalam bahasa Mendriq bagi 10 leksikal yang diajukan kepada mereka. Walau bagaimanapun, usaha memelihara bahasa Mendriq ini tetap perlu dilaksanakan berikutan bahasa ini merupakan bahasa yang berada di ambang kepupusan.
Downloads
References
Adam. N. F., Yusop, M. S., & Makhtar. R., (2024). Bahasa Orang Asli Jahut: Penelitian aspek fonologi dan leksikal. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 3(11), 12-29.
Chuchu, S. I. F., (2023). Bahasa Belait Terancam kepupusan: Tinjauan terhadap bahasa minoriti di negara Brunei Darussalam. Buletin MABBIM, 14, 40-43.
Crystal, D., (2002). The English Language: A Guided Tour of the Language. Penguin.
Fazal Mohamed Sultan. (2023, June 27). Bahasa Mendriq pupus 20 tahun lagi?. MyMetro. https://www.hmetro.com.my/utama/2023/06/981849/bahasa-mendriq-pupus-20-tahun-lagi
J.K Chambers & Peter Trudgil. (1990). Dialektologi. Dewan Bahasa dan Pustaka
Ma’alip, S., (2019). Tahap keterancaman bahasa masyarakat Kreol di Melaka. AKADEMIKA, 89 (1), 109-123.
Ma’lip, S., Abdullah, N.A.V., Shin, C., & Sharif, T. I. S. (2023). Persepsi orang asli Lanoh terhadap usaha pembalikan peralihan bahasa. Jurnal Melayu, Edisi Khas, 1-13.
Makhtar, R., Soflee, N. S., Yusop, M. S., & Laengkang, A. G. (2018).Pengaruh dialek Kelantan dalam Bahasa Temiar: Satu analisis Fonologi Struktural. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(11), 42-54.
Maricar, F., (2020). Bahasa Melayu Ternate sebagai identitas lain bagi masyarakat Ternate. Tékstual, 18(1), 1-4.
Muda, N., & Hamzah, Z. A. Z. (2021). Leksikostatistik Bahasa Che Wong dan Bahasa Melayu melalui aspek perbandingan kosa kata. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 11-28.
Nurahman, R., & Kartini, R., (2021). Variasi bahasa dalam percakapan antartokoh film Ajari Aku Islam. Stilistika Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra. 14(2), 175-186.
Radzi, H., et al. (2011). Penggolongan kata bahasa Mendriq Negrito: Satu penelitian rintis. Jurnal Linguistik, 12, 1-22.
Yusop, M. S., (2013). Keterancaman Bahasa Orang Asli Duano & Kanaq. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohamad Suhaizi Suhaimi, Aimy Nazierra Azli, Muhammad Faizuddin Hashim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


