Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.17.2025Keywords:
Bahasa Punan, bahasa terancam, dokumentasi bahasa, kajian rintis, pengenalan sistem vokalAbstract
Kaum Punan merupakan etnik minoriti mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak. Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Association (PNA) pada tahun 2019, terdapat 4790 populasi Punan di Sarawak. Menurut Asmah (2017) dan Ethnologue (2021), status bahasa Punan dikategorikan dalam bahasa yang terancam (threatened/unsafe). Setakat ini kajian linguistik yang mendalam terhadap bahasa Punan amat perlu dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bermatlamat untuk membincangkan sistem fonem vokal bahasa Punan sebagai langkah pertama untuk melestarikan bahasa ini. Smith (2017) menyatakan bahawa fonem vokal bahasa Punan mempunyai ciri tersendiri iaitu kewujudan bunyi triftong. Justeru ciri tersebut tidak wujud dalam bahasa-bahasa Austronesia lain di Borneo. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan linguistik deskriptif dengan penerapan fonologi fonemik dalam menganalisis bahasa tersebut. Data kajian ini diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temuramah berdasarkan 200 daftar kata dan menggunakan kaedah asosiasi idea berdasarkan domain keluarga, tubuh badan, kata arah, flora dan fauna. Fonem vokal bahasa Punan dianalisis menggunakan perisian PRAAT bagi mendapatkan ciri bunyi yang lebih tepat. Berdasarkan hasil kajian, terdapat 7 fonem vokal, 4 diftong, 2 triftong dalam sistem bahasa Punan. Selain itu, wujud ciri supragemental fonem vokal dalam bahasa Punan iaitu nasalisasi, labialisasi dan pemanjangan vokal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri pemanjangan vokal sangat produktif dan hadir secara konsisten iaitu pada posisi suku kata akhir dan di depan bunyi nasal . Hasil kajian ini secara keseluruhannya akan memberi sumbangan empirikal dari segi data leksikostatik dalam kajian bahasa sukuan di Sarawak.
Downloads
References
Abdul Hamid Ahmad. (1993). Fonologi Bahasa Sungai di Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar & Kamilia Ghazali. (2017). Indigenous minorities of Bintulu: A sociolinguistics mapping. Dalam Asmah Haji Omar & Norazuna Norahim (Ed.), Linguistics minorities, their existence and identity within larger communities (pp 27-36). Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
Asmah Omar. (2017). Safe and unsafe languages: a focus on languages in Malaysia. Dalam Asmah Haji Omar & Norazuna Norahim (Ed.), Linguistics minorities, their existence and identity within larger communities (pp 27-36). Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
Asmah Omar and Norazuna Norahim (2020, in press). Indigenous communities and languages of Sarawak. Kuala Lumpur: Institute of Languages and Literature.
Asmah Omar. (1981). The Iban language: A Descriptive Analysis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2019). Teori dan Kaedah Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloomfield, L. (1964). Language. Motilal Banarsidas: Delhi.
Blust, R. (2014). The Austonesian Languages. Canberra: Asia-Pacific Linguistics, Research School of Pacific and Asian Studies,The Australian National University.
Chong Shin, Mohd Azlan Mis, & Remmy Gedat. (2019). Bahasa Remun di negeri Sarawak: Kajian perbandingan dengan bahasa Iban. Journal of Language Studies. 19(14), 203-2018.
Jones, D. (1969). An Outlines of English Phonetics. Cambridge: W. Heffer & Sons Ltd.
Kroeger, P. (1998). Language Classification in Sarawak: A status report. Sarawak Museum Journal, Vol VIII, No. 74, 137-173.
Needham, R. (1954). Penan and Punan. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 27(1), 73-83.
Needham, R. (1955). Punan Ba. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 28(1), 24–36.
Nicolaisen, I. (1976). Form and function on Punan Bah ethno-historical tradition. Museum Sarawak.
Nicolaisen, I. (1983). Change without development, the transformation of Punan Bah economy. The Sarawak Museum Journal. XXXII (53), 192-229.
Noriah Mohamed, & Hamidah Abdul Wahab. (2004). Tingkat kekerabatan bahasa Bidayuh di Sarawak. Jurnal Bahasa, Volume 4(3), 452-483.
Pei, Mario. (1965). Invitation to Linguistics. New York: Doubleday & Company Inc.
Pringle, R. (1970) Rajah and Rabels. Ithaca: Cornell University Press.
Rahim Aman, Norfazila Ab. Hamid & Shahidi Abdul Hamid (2015). Rekonstruksi vokal dan diftong bahasa Melanau Purba. GEMA Online™ Journal of Language Studies, Volume 15(1), 189-205.
Robins, R.H. (1968). General Linguistics: An Introductory Survey. London: Longmans.
Taringan, SMD Robert YWP (2008). Fonologi bahasa Lundayeh di Sabah. Jurnal Bahasa. Vol. 8(1), 104-127.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Zeckqualine Melai, Norazuna Norahim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


