Sorotan Literatur Bersistematik (SLR): Kajian Bahasa Retorik dalam Karya Sastera di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol17.1.4.2026Keywords:
Bahasa Retorik, Karya, Novel, Sastera, Sorotan Literatur BersistematikAbstract
Retorik merupakan cabang linguistik yang memperihalkan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat dengan penggunaan bahasa yang berseni, indah dan berkesan menerusi kaedah berucap atau bertulis. Keindahan bahasa retorik yang mengandungi nilai-nilai estetika yang tinggi dapat dilihat menerusi pelbagai penghasilan karya sastera seperti puisi, novel, hikayat, lagu, filem dan seumpamanya. Pengaplikasian bahasa retorik dalam karya sastera khususnya di Malaysia bukan sekadar dapat menjalinkan kesefahaman antara pengkarya dengan khalayak, malahan mempamerkan corak pemikiran, kreativiti dan ketamadunan sesebuah bangsa. Kajian-kajian lepas mengenai karya sastera di Malaysia telah bermula sejak dahulu lagi khususnya dari aspek bidang retorik. Maka, pengumpulan kajian lepas mengenai karya sastera di negara Malaysia dari sudut retorik perlu diteliti dan ditinjau dengan lebih teratur. Sorotan literatur bersistematik (SLR) ini bakal dipandu oleh protokol PRISMA sebagai sumber rujukan dan pemilihan artikel dikhususkan dalam lingkungan tahun 2015-2024 melalui pangkalan data MyJurnal, MyCite dan Google Scholar. Sejumlah 14 artikel telah melepasi tahap penilaian dan layak untuk disintesis. Dapatan SLR ini menunjukkan bahawa kajian retorik dalam karya sastera di Malaysia banyak menumpukan kepada penggunaan teori Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos & Brown (1993) dan jenis karya yang banyak dijadikan sebagai sumber data adalah karya novel. Sorotan ini bukan sahaja memaparkan kerelevenan teori dan karya dalam kajian retorik masa kini, malah mencadangkan kepelbagaian teori dan aneka karya sastera lain yang wajar untuk dikaji pada masa hadapan. Huraian terhadap kedua-dua tema tersebut diharap mampu dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk perkembangan kajian retorik khususnya berkaitan dengan karya sastera di Malaysia.
Downloads
References
Al-Quran al-Karim
A. Samad Said. (1979). Dari Salina ke Langit Petang. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad. (1961). Puisi Baru Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aristotle. (1984). The rhetoric and the poetics of Aristotle. W. Rhys Roberts (Penterj.). Modern Library.
Asmah Haji Omar. (2016). Bahasa Iklan Perniagaan Satu Kajian Bahasa Retorik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asrul Azuan Mat Dehan & Nor Azuwan Yaakob. (2015). Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2, 49-59.
Asrul Azuan Mat Dehan & Nor Azuwan Yaakob. (2017). Keanekaragaman retorik gaya Trope dalam penulisan novel Salina. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 6, 1-12.
Asrul Azuan Mat Dehan, Nor Azuwan Yaakob & Nik Fazrul Azri Nik Azis. (2017). Penerapan retorik gaya skema dalam pengkaryaan novel Salina. Journal of Business and Social Development, 5(1), 60-78. https://ppsms.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/7-PENERAPAN-RETORIK-w.pdf
Brooks, C., & Warren, R. P. (1979). Rhetoric Modern (4th ed.). Harcourt Brace Jovanovinch, Publishers.
Burke, K. (1950). A Rhetoric of Motives. Prentice Hall.
Corbett, E. P. J., & Connors, R. J. (1999). A survey of rhetoric: Classical rhetoric for the modern student (4th ed.). Oxford University Press.
Enos, T., & Brown, S. C. (1993). Defining the new rhetoric. SAGE Publications.
Foss, S. K. (2004). Rhetorical critism: Exploration and practice. Waveland Press.
Grice, H. P. (1975). Logic and conversation. Dlm. P. Cole & A. J. Morgan (Eds.). Syntax and semantics, Vol. 3 Speech Acts. Academic Press.
Hairul Anuar Harun & Mohd Azam Sulong. (2023). Akal budi Melayu dalam karya M. Nasir. Jurnal Peradaban Melayu,18(2), 10–26. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.2.2023
Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Samsul Farid Samsuddin & Asnarulkhadi Abu Samah. (2020). The ABC of systematic literature review: The basic methodological guidance for beginners, Quality & Quantity: International Journal of Methodology, 55(4), 1319-1346. https://doi.org/10.1007/s11135-020-01059-6
Ijlal Saja, Maheram Ahmad & Suhaila Zailani. (2018). Tinjauan literatur penterjemahan karya sastera Arab dan Melayu. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1(1), 21-32.
Iqbal Hamdan & Md. Nor Abdullah. (2023). Elemen retorik karya A. Samad Said dalam buku Puisi Baru Melayu. International Journal of West Asian Studies, 15(1), 72-85.
Mashuri Mashuri & Moh Thoyyib Madani. (2018). Pemanfaatan retorika dalam film kehormatan di balik kerudung karya Tya Subiakto Satrio. KABILAH : Journal of Social Community, 3(2), 157-173. https://doi.org/10.35127/kbl.v3i2.3406
Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., Altman, D.G. & The PRISMA Group. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyses: The PRISMA statement. Open Medicine., 3(2), 123-130. http://dx.doi.org/10.1016/j.jclinepi.2009.06.005
Monique Zaini-Lajoubert. (2010). Karya sastera Melayu moden yang berilhamkan karya sastera Melayu lama. Jurnal Terjemah Alam & Melayu Moden, 1(2), 113-143. https://journalarticle.ukm.my/1998/1/AlamTamadun2010007NEW.pdf
Muhammad Faris Akram Rustu & Azean Idruwani Idrus. (2024). Penggunaan retorik dalam lirik lagu Teman Pengganti karya Malique. Jurnal Kesidang, 9(1), 64-74.
Nordiana Hamzah, Noor Alhusna Madzlan, Hasrina Baharum, Muhamad Fadzllah Zaini & Rohaya Md. Ali. (2023). Analisis ethos, pathos dan logos dalam komunikasi kepemimpinan Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani. Jurnal Komunikasi, 39(1), 473-489.
Nor Fazzira Mohd Zamri & Zainatul Shuhaida Abdul Rahman. (2022). Retorik penceritaan dalam karya Zurinah Hassan melalui buku Kumpulan Puisi Cerita Dalam Cerita (2014). ARTe: Art & Expression, 3(2), 53-57. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82375/1/82375.pdf
Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff & Rohaya Md. Ali. (2018). Leftenan Adnan: Manifestasi penggunaan retorik dalam filem. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 5, 578-585. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/102533/43.pdf
Nur Alisa Ramli & Mohamad Rozi Kasim. (2023). Pengaplikasian prinsip stilistik J.J. Webber (1989) dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin: Application of stylistic principles J.J. Webber (1989) in novel Pantai Kasih by Azmah Nordin. PENDETA,14(1), 88–113. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.8.2023
Nurulain Abdul Razak & Che brahim Salleh. (2016). Retorik naratif dalam novel “Orang Kota Bharu”. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4(2), 13-22. http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0402-02
Rohaidah Kamaruddin, Muhammad Nur Akmal Rosli, Minah Mohammed Salleh, Zuraini Seruji, Sharil Nizam Sha’ri, Veeramohan Veeraputhran & Manimangai Mani. (2020). Retorik penceritaan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. PalArch's Journal of Archaeology of Egypt/Egyptology, 17(9), 3153-3180. https://archives.palarch.nl/index.php/jae/article/view/4335
Rosmah Derak. (2023). Manifestasi alam sekitar dalam tiga karya Faisal Tehrani: Perspektif ekologi sastera: environmental manifestations in Faisal Tehrani’s three novels: An ecological literary perspective. PENDETA,14(1), 13–24. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.2.2023
S. Othman Kelantan. (2006). Orang Kota Bharu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sarah Nur Najwa Mohd Nasir & Maslida Yusof. (2022). Sorotan literatur bersistematik kajian bahasa komunikasi di internet dari sudut pragmatik. GEMA Online Journal of Language Studies, 22(2), 185-204. http://doi.org/10.17576/gema-2022-2202-10.
Siti Hawa Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Yayasan Karyawan & Penerbit Universiti Malaya.
Siti Nor Atikaf Salleh, Nurfarhana Shahira Rosly, Nabillah Bolhassan & Asrul Azuan Mat Dehan. (2016). Keanekaragaman ciri laras bahasa kreatif (sastera) dalam penulisan novel Hujan Pagi. Jurnal Ilmi, 1(1), 11-28.
Siti Zubaidah Raja Mhd Shahnuddin & Ahmad Wafi Yunus. (2023). Penulisan lirik lagu Malique: Satu analisis retorik moden. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 5(1), 15-25. https://doi.org/10.53840/ejbl.v5i1.135
Ummi Umairah Kahar & Hasuria Che Omar. (2020). Terjemahan aforisme dalam karya Tuan Gatsby. Jurnal Bahasa, 20(2), 267-286. https://doi.org/10.37052/jb20(2)no4
Wan Ahmad, W. S., & Aini, Z. (2018). Retorik dakwah Al-Hikmah menerusi kaedah lembut dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya HAMKA. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 13(1), 1–13. https://al-qanatir.com/aq/article/view/180
Zurinah Hassan. (2014). Kumpulan puisi cerita dalam puisi. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Hariri Ali Imran, Nasihah Hashim, Maizatul Azura Yahya

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


