Keberkesanan Pendekatan Didik Hibur terhadap Penguasaan Simpulan Bahasa dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol17.1.2.2026Keywords:
pendekatan didik hibur, Simpulan bahasa, tahap penguasaanAbstract
Objektif kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran dengan kaedah kuasi eksperimen berbentuk inferensi serta pemerhatian bukan peserta. Responden kajian ini dipilih melalui pensampelan mudah yang terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah di Klang, Selangor. Dua set ujian simpulan bahasa, iaitu praujian dan pascaujian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Ujian ini terdiri daripada 50 soalan simpulan bahasa dalam format objektif dan subjektif. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi, khususnya ujian-t dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor min pascaujian antara kumpulan kawalan (m=58.3) dan kumpulan rawatan (m=80.0). Pencapaian pascaujian kumpulan rawatan yang menjalani PdPc melalui pendekatan didik hibur lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Nilai signifikan (t=-6.782, p<.001) membuktikan bahawa pendekatan didik hibur secara signifikan meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar berbanding pendekatan tradisional yang digunakan dalam kumpulan kawalan. Oleh itu, pendekatan didik hibur terbukti lebih efektif dalam meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman pedagogi mengenai strategi yang berkesan dalam pengajaran simpulan bahasa.
Downloads
References
Abdul Rasid, J., & Hasmah, I. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49–63.
Abdul Rasid, J., Razali, N. N., & Othman, S. (2016). Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan BM. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 39–45.
Abdul Rasid, J., Othman, S., & Hashim, H. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan BM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129–140.
Alizah, L., & Zambri, M. (2016). Pendekatan berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membentuk kemahiran insaniah pelajar di universiti awam. Pendeta, 7, 25–34. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1189
Fina, R. R. (2023). Strategi komunikasi efektif guru dalam membentuk kepercayaan diri siswa di MTs YPK Cijulang. Pelita Nusantara, 1(1), 116–123. https://doi.org/10.59996/jurnalpelitanusantara.v1i1.128
Fredrickson, B. L. (1998). What good are positive emotions? Review of General Psychology, 2(3), 300–319. https://doi.org/10.1037/1089-2680.2.3.300
Fredrickson, B. L. (2001). The role of positive emotions in positive psychology: The broaden-and-build theory of positive emotions. American Psychologist, 56(3), 218–226. https://doi.org/10.1037/0003-066X.56.3.218
Fredrickson, B. L., & Branigan, C. (2005). Positive emotions broaden the scope of attention and thought-action repertoires. Cognition & Emotion, 19(3), 313–332.
Fredrickson, B. L., & Joiner, T. (2002). Positive emotions trigger upward spirals toward emotional well-being. Psychological Science, 13(2), 172–175.
Ganesh, M., Din, R., & Othman, N. (2022). Improving reading skills of Tamil words with the use of augmented reality (AR). International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(1), 979–993.
Goh, S. (1998). Penggunaan peribahasa dalam karangan pelajar menengah. Jurnal Dewan Bahasa, 42(2).
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2017). Standard kualiti pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kartika, N. F. (2020). Afek positif di domain akademik: Aplikasi the broaden and build theory of emotion. In Seminar Nasional Psikologi UM (Vol. 1, No. 1).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006–2010. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah BM Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5 Bahagian Pembangunan Kurikulum September 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lilly, M., Amelia, A. T., & Saira, J. (2013). Mind your grammar! − Learning English grammar the fun way. Journal of Educational and Social Research, 3(7), 402. https://www.richtmann.org/journal/index.php/jesr/article/view/980
Mazlan, I. (2016). Pengajaran BM, didik hibur dan seni bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md Nasir, M. R., & Subet, M. F. (2024). Pembelajaran peribahasa menurut perspektif KSSM Bahasa Melayu: Analisis menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Pendeta, 15(1), 81–93. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.1.7.2024
Meenachi, D., & Norazrena, A. S. (2022). Tahap pengaplikasian media digital dalam kalangan guru Bahasa Tamil di sekolah rendah. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 10–15. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.83
Melvina, C. H. C., & Norazah, M. N. (2021). Penilaian terhadap permainan interaktif didik hibur dalam pembelajaran tatabahasa BM sekolah rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 9(2), 18–25.
Mohammadipour, M. (2018). Relationships between language learning strategies, positive emotions, language learning motivation and English language proficiency among Malaysian ESL undergraduates (Doctoral dissertation). Universiti Putra Malaysia.
Mohammadipour, M., Md Rashid, S., Rafik-Galea, S., & Yap, N. T. (2018). The relationships between language learning strategies and positive emotions among Malaysian ESL. International Journal of Education and Literacy Studies, 6(1), 86–96.
Mohd Nasir, M. R., & Subet, M. F. (2019). Analisis semantik inkuisitif peribahasa BM. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(2), 227–253. https://doi.org/10.32890/mjli2019.16.2.9
Mohd Salleh, M. R., & Zulkifli, H. (2020). Penggunaan didik hibur dalam pendidikan Islam sekolah kebangsaan: Utilisation of Edu-tainment in Primary Schools’ Islamic Education. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1–16. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v4i2.36
Muhammad Zaid, D. (2020). Pengajaran peribahasa dalam pendidikan BM di sekolah rendah: Isu dan cabaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 24–38.
Nor Hashimah, J., & Junaini, K. (2010). Remaja Malaysia dan peribahasa. Jurnal Linguistik, 10(Edisi Khas), 158–172.
Nor Shafiqah Rosdi, & Ahmad, A. (2025). Integrasi Pendekatan Didik Hibur dalam Pembelajaran Sejarah: Satu Tinjauan Konseptual. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(9), e003546–e003546. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i9.3546
Nur Syuaidatul Haneesa Mohd Shaffie, N. H. Muhamad Redzwan, W. N. I. Q. W. Ahmad A’fif, N. M. Asyira Kadir, & N. Fatihah Zaini. (2025). Penguasaan peribahasa Melayu dalam kalangan murid-murid tahun enam: The mastery of Malay proverbs among Year Six pupils. Jurnal Melayu Sedunia, 8(1), 43–59. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66333
Nurul Amisya, N. J., Nurul Farah Nadiah, M., Nurul Balqish, M. J., & Zuraida, I. (2022). Meneroka peribahasa: Aplikasi permainan dan pembelajaran peribahasa sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(2), 120–128. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3424
Osman, J., Mohamad, J. B., Ahmad, A. N., & Razali, J. R. R. (2018). Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang. Pendeta, 9, 61–79. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.6.2018
Owing, J. S., Md. Sabil, A., & Othman, S. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran BM. International Journal of Education and Training (InjET), 4(2), 1–9.
Suo, Y. J., & Suo, Y. M. (2020). Students' attitudes and perceptions of learning Mandarin Chinese via animated video. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(10), 567–579. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v10-i10/7782
Tan, C., & Yasin, R. M. (2022). Penerapan kaedah didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 459–474. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18137
Wan, Y. O., Ahmad, A. R., & Che Dahalan, S. (2022). Keberkesanan didik hibur terhadap empati sejarah dalam kalangan murid Tahun Empat di Daerah Kota Setar, Kedah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001326. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1326
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Zuraini Ramli, Shamala Ratna Kumar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


