Pengajaran Dan Pembelajaran Mass-Media Di Ipta Thailand: Satu Peluang Kerjaya Bagi Mahasiswa
The Teaching and Learning of Mass Media in Public Universities in Thailand: A Career Opportunity for Students
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.2.2017Keywords:
mass-media, aras pengajaran, praktikal, kerjaya, bahasa Melayu, level of learning, practical, careear and bahasa MelayuAbstract
Pengajaran Bahasa Melayu (BM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Selatan Thailand telah bermula semenjak tahun 1982, khasnya di University Prince of Songkla. Berdasarkan kurikulum yang dirancangkan, pada peringkat awal, para graduan hanya disiapkan untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai guru mata pelajaran BM. Semenjak tahun 2007, objektif kurikulum tersebut menerima perubahan berdasarkan perkembangan teknologi maklumat dengan menyenaraikan beberapa kursus yang ada kaitan dengan mass-media atau media massa. Kajian ini difokuskan pada kursus mass-media kerana dalam tempoh sepuluh tahun pertama (2007-2017) dilaksanakan, didapati ramai pelajar yang berminat mengikuti kursus ini. Hasil pembelajaran dan pengajaran kursus juga telah dinilai oleh pelajar sendiri melalui sistem dalam talian yang disediakan melalui https://mis1.pn.psu.ac.th/neomis/eval/eval_main.php?sp_lec=yes. Hasil penilaian tersebut seterusnya dijadikan data kajian untuk merumuskan pembelajaran BM yang berkesan di peringkat IPTA, Thailand. Dapatan kajian menunjukkan bahawa medium yang digunakan pelajar mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah praktikal atau latihan kerja dan aras pembelajaran yang berkesan memberi peluang kepada pelajar untuk berani turun ke lapangan menghadapi cabaran dunia nyata dalam beberapa jenis kerjaya; sama ada sebagai juruhebah, wartawan atau pemberita mahupun sebagai penterjemah dan seumpamanya.
Teaching Bahasa Melayu (BM) in Institutions of Higher Learning (IPTA) in Southern Thailand has started since 1982, in particular in Prince of Songkla Universiti. Based on the curriculum planned, at an early stage, the graduates are prepared for a career in education as a Bahasa Malayu teacher. Since 2007, the objective of the curriculum is to accept changes based on the development of information technology by listing numbers of courses related to the mass-media. This study focused on mass-media courses since for the first ten years (2007-2017) of its imeplementation; it is found that many students are interested in attending this course. Learning outcomes and teaching courses have been evaluated by the students themselves through the online system provided by https://mis1.pn.psu.ac.th/neomis/eval/eval_main.php?sp_lec=yes. Result of this evaluation were used as data for the survey to formulate an effective BM learning at university level in Thailand. The results showed that the medium used influences student learning and teaching. Practical or vocational training methods and effective level of learning provide opportunities for students to face the challenges of the real world in careers such as broadcaster, journalist, reporter, or translator and etc.