Pelaksanaan Literasi Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Implementing Visual Literacy in Teaching and Learning

Authors

  • Nur Idayu Yusri Sekolah Rendah Woodgrove, Singapura

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.7.2017

Keywords:

Literasi Visual, garis waktu, kartun, peribahasa, imejan, Visual Literacy, timeline, cartoon, proverb, image

Abstract

Penguasaan kemahiran abad ke-21 merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan Singapura bagi mempersiapkan diri murid-murid bersaing secara global pada masa hadapan. Kemahiran menginterpretasi bahan visual merupakan salah satu kemahiran dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh murid kerana mereka terdedah kepada bahan-bahan visual dan imejan-imejan dalam kehidupan seharian. Satu uji cuba dan Kajian Pembelajaran telah dijalankan untuk menilai keberkesanan pengajaran bahasa berasaskan Literasi Visual. Satu pelajaran kefahaman yang menggunakan bahan visual ‘Garis Waktu’ (Timeline) telah dijalankan bagi murid Darjah 3 dan 1 pelajaran peribahasa yang menggunakan bahan visual kartun telah dijalankan dalam uji cuba dan kajian pembelajaran ini bagi Darjah 5. Strategi Pengajaran Secara Eksplisit telah digunakan dalam menjalankan sesi pengajaran ini. Dapatan dari data-data yang mengukur kepuasan dan keupayaan mengikuti sesi pengajaran ini menunjukkan bahawa 90% daripada murid dapat mengikuti dan memahami pengajaran yang disampaikan sementara data-data yang berkaitan dengan keupayaan menginterpretasi bahan visual dan menjawab soalan-soalan menunjukkan bahawa hanya 70% sahaja murid yang dapat menginterpretasi dan memahami bahan visual. Walau bagaimanapun, masih banyak yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kemahiran literasi visual pada masa hadapan.

 

The mastery of the 21st century skills is one of the goals that the Singapore Ministry of Education wishes to prepare for future students in competing globally. Visual interpretation skills are one of the skills and competencies that pupils need to master because they are exposed to visual materials and imagery in everyday life. A test and Learning Study were conducted to assess the effectiveness of language teaching based on visual literacy. A comprehension lesson using 'Timeline' visual material was conducted for pupils of Standard 3 and 1 proverbs lesson using cartoon visual materials was conducted in this study for Standard 5. Explicit Teaching Strategies have been used in conducting this teaching session. The findings of the data measuring satisfaction and ability to attend this teaching session indicate that 90% of pupils can follow and understand the lessons delivered while the data related to the ability to interpret visual material and answer the questions indicate that only 70% of the students which can interpret and understand visual material. However, there is still much to be done to further enhance visual literacy skills in the future.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-11-30

How to Cite

Yusri, N. I. (2017). Pelaksanaan Literasi Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Implementing Visual Literacy in Teaching and Learning. PENDETA, 8, 66–71. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.7.2017