Proses Dan Fungsi Pengimbuhan Awalan Kata Kerja Terbitan Bahasa Kadazandusun: Fokus, Masa, Aspek, Ragam (FMAR)

The Process and Function of Derived Verb Prefix in Kadazandusun Language: Focus, Time, Aspect, Modal (FMAR)

Authors

  • Rozita Buyoh Universiti Malaysia Sabah
  • Jane Wong Kon Ling Universiti Malaysia Sabah
  • Veronica Petrus Atin Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.10.2017

Keywords:

proses dan fungsi pengimbuhan awalan, kata kerja terbitan, fokus, bahasa, aspek dan ragam, bahasa Kadazandusun, Kadazandusun language, process and function of prefix, derivative verb, focus, time, aspect and variety

Abstract

Bahasa Kadazandusun mula diajarkan di sekolah seawal tahun 1988 di bawah polisi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda pelajar [Pupils’s Own Language (POL)]. Seterusnya, pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun sebagai satu mata pelajaran bahasa tambahan di beberapa buah sekolah rendah terpilih di Sabah dengan mengangkat dialek Bunduliwan sebagai dialek asas pemiawaian dan pembakuan bahasa Kadazandusun. Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa aglutinatif banyak menggunakan pengimbuhan dan penggandaan untuk menerbitkan kata baharu dari kata akar dan kata dasar. Proses pengimbuhan dalam kata kerja bahasa ini mempamerkan pola pengimbuhan yang rumit dan kompleks. Setiap bentuk imbuhan mempunyai fungsi gramatikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun aspek ini belum dikaji dengan terperinci. Oleh itu, kajian ini berdasarkan kepada persoalan bagaimanakah proses pengimbuhan berfungsi untuk menandakan fokus, masa, aspek dan ragam dalam kata kerja terbitan? Kajian ini dilakukan secara kaedah lapangan melalui rakaman temu bual dengan penutur natif Dialek Bundu (DB) dan Dialek Liwan (DL) di daerah Ranau, Tambunan dan Keningau serta membuat analisis dokumen ke atas empat buah teks cerita rakyat DB dan DL. Data transkripsi rakaman dan teks cerita rakyat dianalisis untuk melihat bentuk dan paradigma pengimbuhan yang terdapat dalam kata kerja terbitan dialek yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa DB dan DL membentuk kebanyakan kata terbitannya melalui proses penggabungan morfem kata akar, kata dasar dan kata kerja ganda dengan morfem imbuhan sama ada secara awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Setiap bentuk dan proses pengimbuhan tersebut mempunyai fungsi tersendiri yang menandakan fokus, masa, aspek dan ragam dalam kata kerja yang diterbitkan. Proses tersebut juga mengakibatkan perubahan kategori bagi sesetengah golongan kata dasar yang diterbitkan. Kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan proses pembentukan dan fungsi pengimbuhan dalam kata kerja terbitan bahasa Kadazandusun.

 

The Kadazandusun language was first taught in schools as early as 1988 under the pupils' own language (POL) teaching and learning policies. Later, in 1996 the Ministry of Education introduced Kadazandusun as an additional language subject in several selected primary schools in Sabah with the elevation of the Bunduliwan dialect as the basic dialect of standardization and the standardization of Kadazandusun language. The Kadazandusun language as an agglutinative language has been widely used for affixation and multiplication to derive new words from root words and basic words. The affixation process of verb in this language exhibits complex patterning. Each affix form has its own grammatical function. However this aspect has not been studied in detail. Therefore, this study focuses on the question of how the process affixation functioning to mark the focus, time, aspect and variety in derivative verbs? The study was carried out on a field basis through interviews with native speakers of Dialu Bundu (DB) and Liwan dialect (DL) in Ranau, Tambunan and Keningau districts and document analysis on four texts of DB and DL folk tales. The transcription of recording and folklore texts were analyzed to see the form and paradigm of the derivation in the verb of the studied dialect. The results show that the DB and DL form many of its derivative words through the process of merging root word morphemes, basic words and verbs with affix morphemes either by prefix, suffix, infix, and confix. Each of these forms and processes of retrieval has its own function which indicates the focus, time, aspect and variance in the verbs to be derived. The process also resulted in a category change for some of the underlying categories of derivational words. In conclusion, this study can explain the process of affixes function and forming in derivational verb of Kadazandusun language.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-12-15

How to Cite

Buyoh, R., Wong Kon Ling, J., & Petrus Atin, V. (2017). Proses Dan Fungsi Pengimbuhan Awalan Kata Kerja Terbitan Bahasa Kadazandusun: Fokus, Masa, Aspek, Ragam (FMAR): The Process and Function of Derived Verb Prefix in Kadazandusun Language: Focus, Time, Aspect, Modal (FMAR). PENDETA, 8, 96–107. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol8.10.2017