Persepsi Guru Bahasa Melayu Tentang Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan KOMSAS

Malay Language Teacher’s Perception on the Use of Problem-Based Learning Methods in Learning and Facilitating on KOMSAS

Authors

  • Zambri Mahamod Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jamilah Hassan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.4.2018

Keywords:

pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, sikap, guru Bahasa melayu, sekolah menengah, komponen sastera (KOMSAS), knowledge, skill of implementation, attitude, Malay Language teachers’, secondary school, literature component

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) komponen sastera (KOMSAS). Persepsi guru Bahasa Melayu ini merujuk kepada tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru dalam PdPc Bahasa Melayu menggunakan bahan KOMSAS. Sampel terdiri daripada 219 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di daerah Gua Musang (8 sekolah menengah), Kuala Krai (10 sekolah menengah) dan Machang (8 sekolah menengah) di Kelantan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.63, kemahiran pelaksanaan min 3.18 dan sikap min 3.63. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu diberi lebih pendedahan tentang PBM semasa pengajaran KOMSAS. Pengetahuan guru untuk melaksanakan PBM dalam KOMSAS berada pada tahap sederhana. Walaupun guru mempunyai sikap yang positif penggunaan PBM dalam PdPc KOMSAS, tetapi kurangnya pengetahuan dan kemahiran melaksanakan PBM dalam PdPc KOMSAS Bahasa Melayu menjadi kurang berkesan.

 

This survey study aims to identify the perceptions of Malay teachers on the use of problem-based learning (PBM) in learning and facilitating (PdPc) literary components (KOMSAS). The perception of the Malay teachers refers to the level of knowledge, the level of implementation skills and the level of teacher's attitude in Language PdPc using KOMSAS materials. The sample comprised of 219 Malay teachers teaching in Gua Musang (8 secondary schools), Kuala Krai (10 secondary schools) and Machang (8 secondary schools) in Kelantan. Sample selection is randomly intended. Data collection is through questionnaire using Likert scale 1 to 5. Data was analyzed in the form of descriptive and inference analysis of frequency, mean and standard deviation. Descriptive findings are mean knowledge 2.63, skill execution mean 3.18 and mean attitude 3.63. The implication of this study is that teachers of Bahasa Melayu should be given more exposure on PBM during the teaching of KOMSAS. Teachers' knowledge to implement PBM in KOMSAS is at a simple stage. Although teachers have a positive attitude and high usage of PBM in PdPc KOMSAS, they lack knowledge and skills in implementing PBM which makes PdPc KOMSAS Malay Language less effective.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-12-16

How to Cite

Mahamod, Z., & Hassan, J. (2018). Persepsi Guru Bahasa Melayu Tentang Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan KOMSAS: Malay Language Teacher’s Perception on the Use of Problem-Based Learning Methods in Learning and Facilitating on KOMSAS. PENDETA, 9, 41–50. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.4.2018