Pengukuhan Kuasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Kedah Dalam Undang-Undang Kedah

Strengthening The Powers of Malay Sultanate of Kedah in Undang-Undang Kedah

  • Nor Afiza Mohd Nasir Universiti Putra Malaysia
  • Salmah Jan Noor Muhammad Universiti Putra Malaysia
Keywords: kuasa, raja, rakyat, Kesultanan Melayu Kedah, Undang-Undang Kedah, power, king, folks, Sultanate of Kedah

Abstract

Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, Undang-Undang Kedah merupakan salah satu naskhah utama dalam sejarah penulisan undang-undang adat dan terpenting dalam menonjolkan kekuasaan golongan raja dalam mentadbir sesebuah negara selain membicarakan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu Kedah. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kaedah pengukuhan kuasa yang diwujudkan oleh raja di samping menghuraikan implikasi yang wujud hasil pengukuhan kuasa tersebut terhadap pemerintahan kesultanan Melayu Kedah. Hasil kajian menunjukkan pengukuhan kuasa pemerintahan kesultanan Kedah wujud melalui pelbagai kaedah iaitu pembatasan hubungan raja dengan rakyat, kawalan sosial dan pembentukan sifat kepatuhan rakyat kepada golongan raja. Sehubungan itu, perbincangan ini berlandaskan Teori Kuasa yang diperkenalkan oleh John R.P. French dan Bertram Raven (1959) di samping menggunakaan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan.

 

During the Malay Sultanate era, Undang-Undang Kedah is one of the manuscripts that is important in highlighting the power of the king in administering a country and discussing various aspects of community life. Thus, this study will identify methods to strengthening the powers established by the king as well as describe the implications of strengthening the powers against the Malay sultanate of Kedah. Findings show that the strengthening of powers of the sultanate of Kedah is created through various methods such as limitations in relationship between the king and the folks, social control and through formation obedience of folks to the king. Therefore, discussion is based on the Power Theory introduced by John R.P. French and Bertram Raven (1959), library methods and content analysis.

Published
2018-12-16
How to Cite
Mohd Nasir, N. A., & Jan Noor Muhammad, S. (2018). Pengukuhan Kuasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Kedah Dalam Undang-Undang Kedah. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 51 - 60. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.5.2018