Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di Universiti Malaysia Pahang

Malay Language Teaching and Learning Strategy among International Students at Universiti Malaysia Pahang

  • Juwairiah Osman Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Jamilah Bebe Mohamad Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Anis Nabillah Ahmad Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Jamal Rizal Razali Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Keywords: bahasa Melayu, pengalaman pembelajaran, pelajar antarabangsa, strategi pengajaran dan pembelajaran, Malay language, learning experience, international syudent, teaching ang learning strategy

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa telah dijalankan di semua universiti awam dan swasta. Kursus ini secara umumnya bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa manakala secara khususnya bagi membantu mereka berkomunikasi sepanjang berada di Malaysia. Kajian ini akan menyoroti strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar dan para pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Bagi membincangkan keberkesanan strategi tersebut, pengkaji menggunakan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Kolb (1984). Menurut teori ini, proses pembelajaran berdasarkan pengalaman (experiential learning) akan membantu dan mempercepatkan peningkatan kemahiran kognitif individu yang melibatkan pemerolehan konsep-konsep abstrak melalui penglibatan dalam pelbagai situasi. Kolb (1984) menggunakan istilah concrete experience, reflective observation, abstract conceptualization dan active experiment. Data dalam kajian, ini ialah jawapan pelajar dalam latihan Buku Modul Pembelajaran Bahasa Melayu dan pemerhatian dalam pelbagai aktiviti yang digunakan sepanjang mengendalikan kursus ini. Selain itu, satu borang soal selidik juga akan diberikan kepada para pelajar untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan oleh Teori Kolb (1984). Hasil analisis menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang berkaitan rapat dengan pengalaman kehidupan pelajar adalah lebih berkesan bagi membantu mereka menguasai dan bertutur dalam bahasa Melayu.

 

The teaching and learning of Malay language to international students was conducted in all public and private universities. This course is generally aimed at promoting the Malay language to international students to help them communicate throughout their stay in Malaysia. This study will highlight the teaching and learning strategies used by lecturers and international students at Universiti Malaysia Pahang (UMP) in teaching and learning Malay language. To discuss the effectiveness of the strategy, the researcher used the theory of learning introduced by Kolb (1984). According to this theory, experiential learning will help and accelerate the improvement of individual cognitive skills involving the acquisition of abstract concepts through involvement in various situations. Kolb (1984) uses the term concrete experience, reflective observation, abstract conceptualization and active experiment. The data was collected from students’ answers of the practices in the Malay Language Module and from observations in the various activities used throughout the course. In addition, a questionnaire was also given to students to evaluate the effectiveness of teaching and learning methods as suggested by Kolb Theory (1984). Results from analysis show that teaching and learning strategies based on topics related to students’ life experience are effective to help them master and speak the Malay language.

Published
2018-11-27
How to Cite
Osman, J., Bebe Mohamad, J., Ahmad, A. N., & Razali, J. R. (2018). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Di Universiti Malaysia Pahang. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 61 - 79. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.6.2018