Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan
The Writing Breakthrough of Anwar Ridhwan’s Selected Novels
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.1.5.2020%20Keywords:
Keunggulan, Kepengarangan, NovelAbstract
Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya. Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala aspek bagi mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan. Akhir sekali, kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji atau penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan selain turut membantu pembaca memilih karya yang benar-benar unggul serta mendorong pengarang mempertingkatkan karya bagi mencapai tahap unggul.
Downloads
References
Abdul Halim Ali. (2015). Wacana teori dan kritikan sastera. Shah Alam: NHA Resources.
Ani Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim: Emeritus Publications.
Anwar Ridhwan. (2001). Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan. (2001). Penyeberang Sempadan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Anwar Ridhwan. (2016). Budaya Sastera dan seni jilid III. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia
Ghazali Din. (2016). Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif Teksnaluri.
Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI
Halijah Jais. (2004). Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori Teksdealisme. Tesis Ijazah
Sarjana, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu:Universiti Malaya. Kamarudin Jeon (2017). Apresiasi sastera Naratif Ogonshoto. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2006). Teori sastera Teksdealisme. Singapura: Pustaka karya.
Mana Sikana. (2013). Wacana sastera Melayu semasa. Selangor: Pustaka karya.
Mana Sikana. (2015). Sasterawan Negara di takhta keunggulan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &
Buku malaysia.
Mawar Shafei. (2010). Novel intertekstual Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Saleeh Rahamad (2005). Naratif Ogonshoto: Ibarat madu atau saringan. Jurnal Pengajian Media Malaysia (7). 91-99.
Muhammad Haji Salleh. (2005). Puitika sastera melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Nazri Zainuddin. (2015). Novel tengku menteri dan urih persisir analsis kepimpinan berkualiti dengan teori Teksdealisme. Tesis untuk Doktor Falsafah. Tanjung Malim: UPSI.
Mohd Yusof Hasan & Siti Khariah Mohd. Zubir. (2013). Ikon kesusasteraan: pemikiran global 11 Sasterawan Negara Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhammad Haji Salleh. (2005). Puitika sastera melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. (2015). Proses penciptaan menulis untuk remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahimah A.Hamid. (2017). Proses kreatif, sensitiviti dan kreativiti pengarang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Salbiah Mustafa. (2017). Analisis keunggulan novel Ratap Rabitah Dalam Kepengarangan Aminah
Mokhtar berdasarkan teori Teksdealisme. Tesis untuk Ijazah Sarjana. Tanjung Malim: UPSI
S.M Zakir. (2014). Karya dan kekuasaan pengarang: pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar
Ridhwan. Jurnal Melayu Vol 12 (1) 24-52.
Sulaiman Salleh. (2014). Keberkesanan komunikasi kepengarangan. Selangor: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali. (2014). Semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 UPSI Press
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.