Seni Majaz Dalam Bahasa Melayu: Analisis Berdasarkan Ilmu Balaghah Arab

The Art of Majaz in the Malay Language: An Analysis based on Arabic Rhetoric

  • Gamal Abd Nasir Hj Zakaria Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei Darussalam
  • Abu Hassan Abdul Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Zaki Abd Rahman Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Wahibah Twahir @ H.Tahir Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Keywords: bahasa Melayu, retorik, balaghah, majaz, falsafah

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan seni majaz dalam bahasa Melayu berdasarkan kerangka ilmu balaghah Arab. Perbincangan ini penting kerana sehingga kini konsep, kategori dan bentuk majaz dalam bahasa Melayu belum tersusun dalam suatu kesatuan ilmu yang jelas dan sistematik khususnya dalam pengajian ilmu retorik. Perkembangan semasa menunjukkan bidang retorik semakin tersisih dalam pengajian linguistik dan kesusasteraan Melayu disebabkan kurangnya inovasi untuk merekayasa disiplin ini agar lebih menampakkan kedinamikan dan kerelevanannya dengan pandangan alam dan budaya Melayu yang tulen. Kajian berbentuk kualitatif dan kontrastif ini menggunakan data seni majaz dari sumber al-Quran dan melihat persamaannya dalam komunikasi penutur Melayu di media massa dan perbualan harian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak persamaan berbanding perbezaan antara seni majaz dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dapatan ini sekaligus membuktikan potensi besar majaz berdasarkan tradisi Arab ini diperkasakan dalam sistem retorik Melayu sebagai pembaharuan terhadap retorik tradisi Barat. Keberhasilan meletakkan seni majaz sebagai sebahagian daripada ciri dalam sistem retorik Melayu diharap akan menjadi titik tolak kepada penerokaan ciri-ciri lain dalam disiplin ini supaya nanti akan terhasil satu disipin retorik Melayu versi baharu yang dapat menggambarkan falsafah keindahan bahasa Melayu yang sebenarnya.

References

Abdullah b. Mohamad (Nakula). (1980). Falsafah dan Pemikiran Orang-orang Melayu, Hubungannya dengan Islam dan Kesenian, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Abdul Kadir Husain. (1977). Fan al-Balaghah. Kaherah: Muassasah al-Risalah.

Abdul Wahid Salleh. (2006). Ilmu Al-Ma’ani. Kuala Terangganu: Bayt al- Hikmah.

Abdul Wahid Salleh dan Norazmazura Muhammad. (2018). Pengenalan Ilmu al-Balaghah. Bangi: Darul Syakir Enterprise.

Abi Fatih Machfuzhi Al-Qandaniy. (2016). Intisari Ilmu Balaghah. Yogyakarta: Lentera Kreasindo.

Abu Hassan Abdul et al. (2020). Reinvigorating Rhetorical Art in the Malay Study through the Use of Figurative Taukeed. TEST Engineering & Management Journal (Scopus), 83 (3-4), 1515-1523.

Abu Hassan Abdul. (2008). Strategi Retorik Dalam Autobiografi Melayu. Perbandingan Karya Hamka dengan Shahnon Ahmad. Tesis PhD. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Ahmad al-Hashimi. (2008). Jawahir al-Balaghah. Beirut: Muassasah al-Ma’arif.

Ahmad Nabil Amir. (2019). Falsafah Pemikiran Sastera Islam. Jurnal Kajian Ilmu-ilmu Keislaman. 5 (1), 165-180.

Arndt Graf. (2002). Bibliografi Retorik Melayu Beranotasi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amida Abd Hamid (2014). Retorik, Yang Indah Itu Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2014). Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balkis Hj Abu Bakar et al. (1999). Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab - Melayu, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harimurti Kridalaksana (2013). Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad Ke-21, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd Affandi Hassan. (1994). Medan-Medan Dalam Sistem Persuratan Melayu, Kota Bharu: Kelantan: Penerbit Tiga Puteri.

Mohd Zaki Abd Rahman et al. (2015). Balaghah Melayu Berdasar Balaghah Arab: Satu Pengenalan Dalam Ilmu Bayan. Serdang: UPM Press.

Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Ali Haji. (2005). Bustanul al-Katibin. Edisi Rumi. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Raja Ali Haji. (2005). Kitab Pengetahuan Bahasa. Edisi Rumi. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Sanad Md Nasir. (2017). Teori Bertanda At-Qakum Dalam Bahasa Melayu. Risalah yang tidak diterbitkan. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Yayan Nurbayan et al. (2009). Pengembangan Materi Ajar Balaghah Berbasis Pendekatan Kontrastif Untuk Meningkatkan Kualitas Mahasiswa Bahasa Arab FPBS UPI. Jurnal Penelitian. 10 (2). 1-13.

Za’ba. (2002). Ilmu Mengarang Melayu. Edisi Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za’ba. (2004). Bahasa Melayu: Kelebihan dan Kekurangannya. Edisi Rumi. Kuala Lumpur: Klasika Media-Akademi Jawi Malaysia.
Published
2020-06-10
How to Cite
Hj Zakaria, G. A. N., Abdul, A. H., Abd Rahman, M. Z., & Twahir @ H.Tahir, W. (2020). Seni Majaz Dalam Bahasa Melayu: Analisis Berdasarkan Ilmu Balaghah Arab. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(1), 18-32. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3618