Hipoteks sebagai idea penggaluran naratif dalam novel berunsur sejarah Tun Tuah

Hypotext as an Idea of Narrative Flow in Historical Novel Tun Tuah

Authors

  • Mohd Haniff Mohammad Yusoff Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
  • Rohaya Md Ali Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
  • Phat Awang Deng Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.8.2020

Keywords:

Hipoteks, novel sejarah, naratif, kepengarangan

Abstract

Jurai kesusasteraan tanah air tidak terlepas daripada melalui proses pengembangan yang panjang. Teks sastera sejarah seperti Sejarah Melayu lahir dalam memerihalkan kehidupan serta kebudayaan masyarakat di samping mendokumentasikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada masa lampau. Marcapada, novel berunsur sejarah pula lahir dalam memerihalkan peristiwa sejarah dari perspektif pengarang pada zaman semasa. Makalah ini menumpukan penelitian terhadap hubungan antara peristiwa yang terkandung dalam hipoteks sejarah sebagai pembinaan naratif dalam penulisan novel. Novel berunsur sejarah Tun Tuah karya Affifuddin Omar dan naskhah Sejarah Melayu edisi Shellabear dibataskan sebagai teks kajian bagi memperkhususkan penelitian dan memberi fokus pada objektif penelitian yang hendak dicapai. Penelitian ini bersifat pendekatan kualitatif yang memerlukan pembacaan rapi terhadap kedua-dua buah naskhah yang terlibat sebelum menjalankan analisis kandungan dan dihuraikan secara deskriptif. Tuntasnya, sebagai sebuah novel berunsur sejarah, novel Tun Tuah menyerap peristiwa-peristiwa yang pernah dikisahkan dalam naskhah hipoteks sejarah, iaitu Sejarah Melayu, namun dengan sentuhan baharu oleh pengarang. Pengarang menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai sumber pembinaan naratif dalam novel Tun Tuah. Penelitian terhadap novel Tun Tuah menemukan kecenderungan Affifuddin Omar sebagai pengarang dalam menggembleng teks Sejarah Melayu sebagai strategi kepengarangannya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Rahim Abdullah. (2008). Novelis Nusantara: Idealogi dan pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Napiah. (2003). Membina keunggulan tradisi sastera. Singapura: Pustaka Nasional.

Affifuddin Omar. (2016). Tun Tuah. Kuala Lumpur: Afif Books Sdn. Bhd.

Auni Ismail, Zairul Anuar Md. Dawan & Sim Chee Cheang. (2017). Subteks dan kejayaan naratif filem: Analisis filem The Journey (2014). Gendang Alam, 7, 115-136.

Azhar Ibrahim. (2017). Kemanusiaan sastera. Kuala Lumpur: Pustaka Obscura.

Boulton, M. (1975). The anatomy of the novel. London and Boston: Routledge & Kegan Paul.

Fatimah Muhd Shukri & Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2016). Ruang, masa dan sebab akibat dalam naratif filem animasi Geng Pengembaraan Bermula. Jurnal Melayu, 15(2), 237-249.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Mohamed Berawi. (2014). Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, perkamusan & terjemahan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Krishanan Maniam. (1993). Cerpen Tamil dan Melayu (1957-1970). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2006). Teori Sastera Teksdealisme. Bangi: Penerbit Pustaka Karya.

Mawar Safei. (2005). Hipoteks sejarah dalam novel Panglima Awang. Jurnal e-Bangi, 1(1), 28-47.

Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Rohaya Md Ali & Phat a/l Awang Deng. (2020). Mengindang kajian intertekstual dalam karya sastera Melayu: Suatu penelitian literatur. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 2 (1).

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazimah Zakaria. (2018). Daripada introspeksi diri kepada naratif merentasi zaman dan sempadan dalam karya A. Halim Ali. Jurnal Melayu, 17(2), 113-123.

Nur Elyana Madah & Zairul Anwar Md Dawam. (2017). Analisis struktur naratif tiga babak Blake Synyder filem Tenggelamnya KapaL Van Derwijck. Journal of Humanities, Languages, Culture and Business, 4(1), 78-93.

Nurulain Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. (2016). Retorik naratif dalam novel Orang Kota Bharu. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4(2), 13 – 22.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahman Shaari. (1993). Memahami gaya bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.M. Zakir. (2014). Karya dan kekuasaan pengarang: Pemikiran dan gaya naratif mutakhir Anwar Ridhwan. Jurnal Melayu, 12(1), 70-81.

Safiah Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah & Suhaimi Haji Muhammad (Ed.). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sara Beden. (2019). Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis Teksdealisme. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 36-56.

Shellabear, W, G. (2016). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Talib Samat. (2020). Strategi dan teknik naratif dalam novel Jendela hati karya Aisya Sofea. Dlm. Misran Rohimin, (Ed.) Sastera popular: Antara komersialisme dengan intelektualisme (ms. 345-371). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2020-12-29

How to Cite

Mohammad Yusoff, M. H., Md Ali, R., & Awang Deng, P. (2020). Hipoteks sebagai idea penggaluran naratif dalam novel berunsur sejarah Tun Tuah: Hypotext as an Idea of Narrative Flow in Historical Novel Tun Tuah. PENDETA, 11(2), 97–107. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.8.2020